pandangan
ku lontarkan jauh nun di sana,
merenung
kembali perjalanan hidup,
ranjau
dan onak yang telah dilalui,
semua
berputar sekali lagi dlm mindaku…
Ya
Allah… jauhnya aku padaMU,
dalam
mengejar cinta seorang bernama insan,
aku
kecewakan dan abaikan Engkau,
dalam
mencari cinta hakiki seorang insan,
aku
sering terleka dan lalai,
dalam
mencari cinta hakiki seorang insan,
aku
sering tersasar meletakkan kasih itu,
dalam
mencari cinta hakiki seorang insan,
aku
sering mengabaikan ‘cinta’ ilahi Rabbi,
dalam
mencari cinta hakiki seorang insan,
aku
sering mengabaikan kewajipanku pada ilahi,
dalam
mencari cinta hakiki seorang insan,
aku
sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa,
dalam
mencari cinta hakiki seorang insan,
aku
sering berkata ‘ala, dosa kecil jer… ’
dalam
mencari cinta hakiki seorang insan,
aku
tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku,
dalam
mencari cinta hakiki seorang insan,
aku
buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas,
dalam
mencari cinta hakiki seorang insan,
aku
sering disakiti, dikecewakan dan ditinggalkan…
hatiku
milik siapa???
adakah
hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?
adakah
hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?
adakah
hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?
adakah
hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?
adakah
hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada ilahi?
adakah
hatiku milik insan yang tiada KALAM ilahi dalam hatinya?
adakah
hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?
adakah
hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?
inikah
yang aku mahu letakkan hatiku padanya???….
Ya
Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
baru
aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,
baru
aku sedari yang hatiku terlalu kotor,
baru
aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,
baru
aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,
baru
aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,
baru
aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi…
Ya
Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif…
ada
padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju nurMU
ada
padaMU sifat berdiri dengan sendiri… maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi
agar ku bisa berdiri dengan kekuatanMU,
ada
padaMU sifat lembut… maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU…
Ya Allah,
Ya Rabbi,
jangan
Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,
campakkan
cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,
moga
dapat aku berikan sedikit,
cahaya
itu buat mereka yang kegelapan,
semoga
segala yang ku lakukan hanya untukMU,
hanya
untuk merebut kasihMU yang Agung,
hanya
untuk mencapai redhaMU,
di dunia
dan akhirat….
Ameennn
Ya Rabbal ‘Alamin….
Kredit:Nur_Raudhah
No comments:
Post a Comment