Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam
usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi
kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.
Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang
mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi
pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa
yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja
dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak
menghadapi peperiksaan.
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN
DALAM PEMBELAJARAN
o
Mengenal pasti wujudnya
‘motivasi dalaman’ atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing,
misalnya kemiskinan.
o
Menginsafi akan
kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu
yang dikumpulkan itu.
o
Dorongan dari rasa
tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
o
Menginsafi peranannya
terhadap masyarakat pada masa hadapan.
LANGKAH-LANGKAH
PERSEDIAAN
o
Kesempurnaan kesediaan
seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat
pembelajaran yang baik.
o
Persediaan mental yang
baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran.
Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan
mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran.
Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain,
sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
o
Berkhayal kepada perkara
lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang
menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada
berkhayal semasa belajar.
TEKNIK-TEKNIK
PEMBELAJARAN
1.
Suasana / Tempat Belajar
– Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
2.
Memilih Masa Yang Sesuai
– Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran
pada pelajaran.
3.
Setiap hari persekolahan,
peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di
samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4
hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada
waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua
individu)
4.
Menyediakan satu jadual
kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti
sepenuhnya oleh pelajar.
5.
Pembaziran masa dengan
perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran
baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
6.
Pembelajaran Di Sekolah –
Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik
untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang
maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal
ketika berada di sekolah.
7.
Membaca, Memahami dan
Menghafal – Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi
pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau
perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
8.
Ambil perhatian kepada
isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi
itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu
peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
9.
Menyusun nota dengan
teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
1. Mengandungi semua maklumat penting
2. Bersih dan mudah dibaca
3. Terkumpul & Tersusun (di dalam fail/Buku Khas)
4. Ringkas dan padat
Kesungguhan Belajar
1.
Elakkan diri dari
faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali
membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa
tertentu dan berehat panjang selepasnya.
2.
Kesungguhan belajar
mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke
masa peperiksaan.
3.
Sentiasa meningkatkan
semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan
semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam
menghadapi peperiksaan.
4.
Kesungguhan belajar
mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya
carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan
kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
5.
Yakinlah dengan kebolehan
yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan
pertolongan Allah S.W.T.
LUPAAN DAN INGATAN
Apakah sebabnya kita sering lupa
o
Kerana Gangguan – Membaca
perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput
dari ingatan.
o
Tumpuan Perhatian – Tanpa
perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak
dapat kekal lama.
o
Faktor Masa – Masa yang
terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
o
Minat – Tinggikan minat
terhadap perkara yang dipelajari.
o
Pilihan – Memilih isi-isi
penting untuk diingati bagi peperiksaan.
o
Ulangan – Sentiasa
mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan
semula atau pembacaan yang kerap.
o
Assasiasi – Membuat
perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
o
Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan
dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.
Kredit:tipsbelajar
No comments:
Post a Comment