Alor Setar: Pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 88, mengakui tidak
pernah sekali pun ketinggalan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai
pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) sejak 1959.
Aziz berkata, sebagai rakyat Malaysia sememangnya sudah menjadi peranannya untuk menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan sejak 12 kali PRU diadakan di negara ini.
Malah, katanya, sejak mengetahui makna politik, Aziz hanya
mengenal Barisan Nasional (BN), yang dulunya dikenali sebagai Perikatan
kerana hanya parti itu dilihat membawa perubahan besar dalam pembangunan
negara.
BN banyak berjasa, berkorban
Saya tidak pernah ketinggalan untuk mengundi sejak PRU kali pertama diadakan pada 1959, malah saya juga menjadi penyokong setia parti UMNO sejak 1946 ia ditubuhkan di negara ini.
Jadi, sudah pasti BN menjadi pilihan saya kerana parti itu banyak berjasa dan berkorban demi keamanan dan keharmonian negara ini, berbanding pembangkang, yang hanya tahu menyemai anasir negatif kepada rakyat, katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Syukur, di Pasar Tani Taman Wira, Mergong, di sini, semalam.
Aziz berkata, sebagai rakyat Malaysia sememangnya sudah menjadi peranannya untuk menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan sejak 12 kali PRU diadakan di negara ini.
BN banyak berjasa, berkorban
Saya tidak pernah ketinggalan untuk mengundi sejak PRU kali pertama diadakan pada 1959, malah saya juga menjadi penyokong setia parti UMNO sejak 1946 ia ditubuhkan di negara ini.
Jadi, sudah pasti BN menjadi pilihan saya kerana parti itu banyak berjasa dan berkorban demi keamanan dan keharmonian negara ini, berbanding pembangkang, yang hanya tahu menyemai anasir negatif kepada rakyat, katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Syukur, di Pasar Tani Taman Wira, Mergong, di sini, semalam.
Sumber:Beritaharian
No comments:
Post a Comment