1. Mempunyai sifat “malas” yang
menjadi musuh utama kejayaan.
2.
Tidak bermotivasi.
3.
Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
4.
Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
5.
Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
6.
Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
7.
Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara
yang tidak baik.
8.
Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
9. Datang
lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
10.
Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
11.
Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
12.
Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses
pembelajaran.
13.
Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah
dan luar sekolah.
14.
Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan
rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral
15.
Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
16.
Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah
dirinya.
17.
Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar.
Tidak boleh berdikari.
18.
Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
19.
Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
20.
Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan
menambahkan ilmu.
21.
Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk
pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk
membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
22.
Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
23.
Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah
pembelajaran.
24.
Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
25.
Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah
mahu menyalahkan diri sendiri.
26.
Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.
Kredit:tipsbelajar
No comments:
Post a Comment