Berendoi masih
bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri
Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan
nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang
dibawa oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi
ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran
cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata
yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu
mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada
juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan
semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan
Rabbul'alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah,
dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian:
Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.
Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.
http://www.youtube.com/watch?v=DwvSIc0SooE&feature=player_embedded
kredit:ponpakya
No comments:
Post a Comment