Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia.”
1. Wanita yang solehah
(baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
3. Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.
4. Barang siapa membawa
hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya)
maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.
5. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi
Ismail.
6. Syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.
7. Barang siapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil
akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih
dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a
“Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.
10. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita yang taat
pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?”
Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta
kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam
syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
15. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir
anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.
19. Apabila semalaman
seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah SWT.
20. Rasulullah s.a.w
menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam
masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan
syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid
di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi
wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang
Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.
Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan
bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.
Kredit:SebuahKehidupan
No comments:
Post a Comment