Jangan perlekeh isu keselamatan ketika kempen
LAHAD DATU 16 April - Pemimpin politik yang bakal berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 diingatkan supaya tidak menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan cacian agar tidak melukakan perasaan anggota keselamatan serta keluarga mereka yang banyak berkorban dalam memastikan kedaulatan negara.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara itu tidak boleh diterima kerana tindakan tersebut mampu menyebabkan kejatuhan moral pasukan keselamatan.
"Jika ini berlaku, pasukan keselamatan akan rasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Sepatutnya isu keselamatan dan ketenteraman awam dijadikan agenda utama negara kerana tiada apa yang boleh dilakukan sekiranya kedua-dua perkara ini terjejas.
"Jadi dalam hal ini, beri peluang kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau apa jua perbezaan untuk memperkukuhkan semangat patriotik. Tanggungjawab kerajaan untuk tentukan negara ini selamat tidak perlu kita memperlekehkan kerana siapa jua yang menang nanti, perlu memikirkan perkara sama," katanya.
Beliau bercakap kepada wartawan setelah mengetuai barisan exco MCPF melawat Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu yang terjejas teruk akibat pencerobohan pengganas Kiram, di sini hari ini.
Yang turut hadir, rakan sejawatannya, Datuk Kamarudin Md. Ali; Setiausaha Eksekutif MCPF, DSP Chan Kuang Yew; Ahli Lembaga Eksekutif MCPF, Datuk Johnny Ch'ng Ewe Gee serta Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mat.
Mengulas tentang lawatannya itu, Lam Thye berharap akan ada dokumentari tentang kejadian yang menggemparkan negara itu ditayangkan serta diedarkan ke sekolah-sekolah bagi membina semangat patriotik dalam kalangan generasi muda negara.
"Apabila melawat ke sini, anda akan tahu betapa sukarnya anggota keselamatan bertugas. Sukar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku tanpa anda ke sini.
"Maka kami cadangkan agar pihak terlibat menerbitkan dokumentari untuk diedarkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Ini penting bagi mendidik anak-anak kita supaya memahami kepentingan keselamatan dan keamanan serta menghargai pengorbanan pasukan keselamatan kita," tegasnya.
Dalam pada itu, Kamarudin yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur menyifatkan golongan yang sanggup memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan negara sebagai individu yang tidak berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan.
"Anggota keselamatan kita tinggalkan keluarga di Semenanjung untuk berkhidmat selama dua tiga bulan. Mereka belum tahu apa nasib mereka di sini ketika menjalankan tugas. Kalau diperlekehkan, dikatakan sandiwara juga, itu sesuatu yang tidak patut berlaku dan tidak berhati perut.
"Saya harap, suatu masa nanti akan ada dalam kalangan anak atau saudara-mara pengkritik ini yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan. Pada masa itu, diharap mereka sedar erti pengorbanan dilakukan," kata beliau.

kredit:VAT69 - Perjuangan Semalam
No comments:
Post a Comment