*Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui
dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya.
FITRAH
kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri
mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.
Setiap
perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran.
Dengan
tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang,
sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah
dicintai.
*
Positif
Menerusi
buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya
bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain
sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua
perkara yang dilakukan.
Sikap
positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang
di sekeliling untuk mendekati diri kamu.
*
Ceria
Berada
berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan
diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran.
Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum,
tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.
Jadi,
sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.
*
Ramah
Saat
bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak
akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.
Sikap
ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang
bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.
Jangan
ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara
langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.
*
Ringan tangan
Kualiti
seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu
permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan.
Jika
berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat
mereka memerlukan.
*
Rendah hati
Berbeza
dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati
mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya
sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin
menunduk.
*
Percaya diri
Orang
yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan
tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di
sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya
sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada
seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu
untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.
*
Pemaaf
Dendam
dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering
datang menyerang.
Selain
dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi
tidak nyaman.
Seseorang
yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika
menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya
menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.
*
Jujur
Kata
orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana
sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah
faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang
jujur dicintai semua orang.
Sumber:Kosmo
No comments:
Post a Comment