HANYA
ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika
malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti
menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.
JATUH
CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas
kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang
terkena tempiasnya.
APABILA
pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin
atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang
terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur
untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.
CINTA,
MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk
bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah
terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati
dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.
CINTA
itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti
melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau
milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.
SEKIRANYA
kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu
penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang
ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
CINTA
merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu
nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan
dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil
bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.
ORANG
yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta
seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan
kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat
dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu
pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh
membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.
ALANGKAH
bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka.
Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada
seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam
rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan.
Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan.
Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung
nyawa.
CINTA
yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah
matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi
tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
by armien
No comments:
Post a Comment