Bonus 2013 : Rasaya, memang
ramai kakitangan awam yang tertunggu-tunggu samada mereka mendapat laba bonus
kakitangan awam sempena Hari Raya tahun 2013 tidak lama lagi.
Sudah pasti, Presiden CUEPACS,Datuk
Omar Osman mendengar rintihan kakitangan awam semua.Maklumlah, dah dekat nak
bulan puasa, kemudian nak sambuat Hari Raya pula, jadi duit memang banyak nak
pakai.Oleh sebab itu, beliau akan mengadakan mesyuarat esok berkenaan Bonus
Raya bagi kakitangan awam yang kemudian akan dibawa kepada pihak kerajaan.
Melaka Tengah: Kesatuan Pekerja-Pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya
bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan
awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata
daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam
terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.
“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian
bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS
esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa
kepada kerajaan.
“Saya berharap kerajaan akan membayar
(bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu
sebanyak sebulan setengah gaji,” katanya selepas merasmikan Persidangan
Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam.
Yang turut hadir, Setiausaha Agung
CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh
Majid.
Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana
memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali
menyambut musim perayaan.
1 comment:
untung ler org gomen
Post a Comment