21 March 2013
30 tambah 60 = PEMBOHONG
Kerajaan Filipina hari ini menuduh pengganas Jamalul Kiram III memalsukan "cerita yang sengaja diada-adakan".
Kerajaan Filipina hari ini menuduh pengganas Jamalul Kiram III memalsukan "cerita yang sengaja diada-adakan".
Jurucakap Presiden, Edwin Lacierda membuat tuduhan itu berikutan dakwaan jurucakap, Abraham Idjirani bahawa sekumpulan pembunuh telah diupah untuk membunuh Jamalul Kiram III.
"Kami telah menempuh satu pengalaman lama sebelum itu bahawa mereka tidak memberitahu kami keadaan yang sebenar. Jadi, anda perlu tahu, mereka yang kini mengeluarkan suatu cerita lain kononnya ada pihak yang didakwa cuba membunuh Kiram Jamalul. Itu adalah sesuatu perkara yang perlu mereka sokong dengan bukti yang paling kukuh," katanya selepas taklimat dengan media.
Lacierda turut memetik satu lagi insiden di mana anak perempuan Kiram, Puteri Jacel, baru-baru ini menunjukkan gambar kepada media didakwa mangsa dalam pertembungan antara pengikut mereka yang menyerang Sabah dan angkatan tentera Malaysia.
"Ini ternyata tidak benar. Ia ternyata bahawa mereka bukanlah anggota tentera Malaysia tetapi ini adalah mangsa di Thailand dan foto ini telah diambil pada tahun 2007," tegas beliau.
"This is getting really ridiculous. Everyday they're coming out with tall tales. You know, people should stop listening to tall tales," Lacierda added.
"Cerita ini semakin benar-benar tidak masuk akal. Setiap hari mereka keluar dengan cerita yang sengaja diada-adakan. Anda tahu, rakyat perlu berhenti mendengar pembohongan ini," tambah Lacierda.
Berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya oleh Penasihat Keselamatan Negara Cesar Garcia, Lacierda berkata bahawa tidak ada maklumat risikan mengenai plot dakwaan untuk membunuh Kiram.
"Pengesahan masih berterusan, komuniti perisikan memberitahu laporan ini mempumyai kebarangkalian yang sangat rendah," katanya.
Artikel asal, SUN STAR
Sebelum ini juga, GWM pernah mengeluarkan artikel mengenai pembohongan Puteri Jacel Kiram, anak kepada pengganas Jamalul Kiram III. Klik DI SINI.
Plot pembohongan dakwaan kononnya Jamalul Kiram III bakal dibunuh hanyalah untuk mengalih perhatian bahawa tuntutan pengganas Jamalul Kiram III ke atas Sabah sememangnya tidak relevan dan tidak mempunyai asas.
Sumber : Melayu Atas Pagar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment