LAHAD DATU -
Irene Scully Tawan, 17, pelajar Sek Men Keb Desa Kencana Felda Sahabat
di sini memperoleh keputusan cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia dan
terpaksa meraikannya ketika tinggal sementara di Masjid Rahman Kembara
Sakti, di sini.
Dia bersama ibu bapa dan dua adik lelakinya meninggalkan rumah mereka semalam atas faktor keselamatan berikutan ancaman pengganas militan dari selatan Filipina dan tinggal sementara di masjid tersebut, 3km dari rumahnya.
Irene yang bercita-cita menjadi doktor hanya dapat mengambil keputusan SPM di sekolahnya pagi tadi dengan ditemani oleh ibu bapanya.
Menurut beliau, gurunya telah memaklumkan kepadanya mengenai keputusan itu semalam tetapi beliau hanya dapat mengambilnya pagi tadi.
Mengenai rahsia kejayaannya itu, Irene ketika ditemui di masjid tersebut berkata sikapnya yang suka bersaing antara faktor utama mendorong kejayaannya.

Nazar ...
Secara umumnya hukum nazar
adalah harus. Harus bermaksud ia boleh dilakukan tetapi bukanlah digalakkan seperti amalan sunat yang lain.
adalah harus. Harus bermaksud ia boleh dilakukan tetapi bukanlah digalakkan seperti amalan sunat yang lain.
Jika
seseorang bernazar untuk melakukan sesuatu, maka amalan itu menjadi
wajib bagi dirinya, sedangkan pada asalnya amalan itu tidak wajib.
Beliau wajib menunaikan nazar itu dan jika tidak dapat menunaikan nazar pula akan dikenakan kafarah nazar.
Melafazkan nazar memang mudah tetapi ketika hendak menyempurnakan nazar kadang-kadang berlaku kekangan tertentu seperti lupa, kesempitan wang, kesibukan dan sebagainya. Tuntutan menunaikan nazar itu tidak akan hilang begitu saja, sebaliknya kekal dan terus berlanjutan selagi tidak dipenuhi atau ditebus dengan kafarah nazar.
Oleh itu adalah lebih baik tidak bernazar. Justeru, ada ulama yang menghukum makruh bernazar kerana kemungkinan nazar yang tidak dapat dipenuhi.
Mengikut pandangan ulama, antara sebab nazar tidak digalakkan ialah kerana mengaitkan amal ibadah dengan keberhasilan sesuatu hajat atau permohonan. Contohnya, mengaitkan ibadat puasa dengan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
Orang yang bernazar hanya akan berpuasa apabila lulus dalam peperiksaan itu. Jika gagal, dia tidak akan berpuasa sedangkan ibadah puasa dituntut untuk dibuat sama ada orang yang bernazar tersebut lulus atau gagal. Ibadat hendaklah dilakukan dengan penuh tulus ikhlas kepada Allah.
Nazar bukanlah sokongan yang menyebabkan doa dimakbulkan atau sesuatu hajat akan mendapat perhatian daripada Allah SWT sehingga seorang perlu meletakkan syarat terlebih dulu untuk membuat permohonan.
Nazar tidak akan mengubah apa-apa, atau dengan kata lain bukanlah memberi satu nilai tambah dalam berdoa atau berharap.
Ini dapat dilihat daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah kamu bernazar, sesungguhnya nazar tidak akan mengubah sedikitpun ketentuan Allah, hanya dapat mengeluarkan seseorang dari sifat bakhil.” - HR Muslim.
Seseorang yang bernazar berkaitan harta seperti membuat kenduri dan sebagainya tentulah akan mengeluarkan belanja untuk tujuan tersebut dan ini akan mendidiknya untuk mengikis sifat bakhil.
Jika seseorang ingin beramal jariah seperti mengadakan kenduri dan sebagainya, sebaiknya menggunakan lafaz yang tidak menunjukkan nazar seperti: “Jika saya berjaya dalam temu duga ini dan ada kelapangan saya ingin buat kenduri”. Ulama juga sepakat bahawa jika seseorang berniat saja untuk melakukan sesuatu tanpa melafazkannya, maka ia tidak dikira sebagai nazar.
Walaupun begitu jika seseorang bernazar dan kemudian menunaikan nazarnya dengan sempurna maka dia termasuk dalam golongan yang dipuji oleh Allah.
Imbangi Dunia Akhirat
Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya
agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memberat-beratkannya maka dia
akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut
sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah
(kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan
Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Riwayat Bukhari)
Tujuan ibadah adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Konsep ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus (seperti sembahyang, puasa, haji) dan ibadah umum iaitu setiap gerak geri, tindakan dan pekerjaan diniatkan kerana Allah.
Syarat diterima sesuatu ibadah itu bergantung pada tiga perkara iaitu Islam,
ikhlas dan ittiba' (dilakukan sesuai dengan perintah Allah SWT dan mencontohi Rasulullah SAW).
Sesuatu ibadah itu hendaklah dikerjakan sebaik mungkin (menepati kehendak syarak) tanpa melebih-lebihkannya. Malah apa yang dimaksudkan dalam hadis sebagai ‘dikalahkan oleh agama’ ialah keadaan seseorang yang menjadi lemah lantaran terlalu kuat mengerjakan ibadah hingga lupa menguruskan keperluan dirinya seperti mencari nafkah menyara hidup ahli keluarga.
Bertentangan kehendak Islam
Perkara ini ternyata bertentangan dengan kehendak Islam kerana Islam juga menyuruh manusia berusaha gigih mencari penghidupan yang baik di dunia, bukan menumpukan segala usaha untuk bekalan akhirat semata-mata hingga melupakan dunia sedangkan dunia adalah jambatan ke akhirat.
Oleh itu manusia mestilah bijak menyeimbangkan antara keperluan dunia dan akhirat supaya tidak termasuk dalam kalangan orang yang rugi.
Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah dan beramal seperti dituntut agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong.
Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat. Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat.
Credit: JAKIM

Kekal Kekal Kekal
Semporna:
Pasukan keselamatan yang ditugaskan dalam Ops Daulat tidak akan
diundurkan walaupun keadaan di kawasan operasi sudah pulih dan kembali
seperti biasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya akan menambah lagi aset dan kekuatan sedia ada bagi memastikan keadaan keselamatan di Semporna dan Lahad Datu yang terbabit dalam operasi berkenaan dikukuhkan, terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Langkah itu, katanya, bagi meyakinkan rakyat bahawa tahap keselamatan mereka terus diberi perhatian, meskipun operasi penggeledahan dan pembersihan pengganas di kawasan Ops Daulat sudah selesai.
"Kita tidak akan mengundurkan pasukan keselamatan dari kawasan ini, malah saya ada rancangan membawa masuk pasukan tertentu dari Kuala Lumpur bagi menambah lagi kekuatan kita.
"Pada masa sama, Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) juga sudah mula digerakkan untuk memperkukuhkan lagi keselamatan di pantai timur Sabah.
"Semua ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat di Sabah," katanya selepas mengunjungi Sitti Bandorah Mahalil, balu Allahyarham Sarjan Aziz Sarikon yang terkorban dalam serangan hendap pengganas di Kampung Simunul pada 2 Mac lalu, di sini, hari ini.

Pahit getir apabila kampung diceroboh
BUNYI ketukan pintu sekitar pukul 3
pagi pada 12 Februari lalu masih segar dalam ingatan Akasah Abusammah.
Detik itu, dia bersama isteri dan tiga orang anak hanya tergamam melihat
sekumpulan lelaki asing lengkap berpakaian tentera dan bersenjata
berdiri di depan pintu.
Kumpulan lelaki asing berkenaan
mengerahkan mereka sekeluarga keluar dari kampung tersebut sebelum
berlalu pergi tanpa mencederakan mereka.
Arahan tersebut berikutan kumpulan lelaki asing itu mahu mendiami rumah penduduk.
Tentera MNLF
Tanpa mahu bertindak balas, anak jati Kampung Tanduo itu hanya berdiam diri. Di benak fikirannya, terlintas hasrat untuk melarikan diri. Baginya, kampung yang dihuni sejak 34 tahun lalu itu sudah tidak selamat.
"Saat itu juga kami mengemas barang.
Keluar dari rumah bersama berpuluh-puluh lagi penduduk kampung menuju
ke tempat yang selamat," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini. Bermula
saat itu, Akasah tidak pernah pulang ke kampung halamannya. Rumah,
tanaman dan haiwan peliharaan yang ditinggalkan juga mungkin sudah
musnah.
PDRM dalam siap siaga.
PDRM dalam siap siaga.
Bagi Akasah, Kampung Tanduo sudah
tiada. Keriangan dan ketenangan kampung pesisir pantai itu juga sudah
berakhir. Semuanya dimusnahkan kumpulan pengganas Sulu.
Kini, Akasah dan beribu-ribu lagi
penduduk dari lapan buah kampung sekitar Kampung Tanduo hidup ibarat
pelarian. Mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Felda
Sahabat.
Satu daripadanya ialah di Dewan
Fajar Harapan yang menempatkan kira-kira 1,500 penduduk. Tiga lagi
lokasi penempatan sementara ialah di Dewan Embara Budi, Dewan Gemala
Pura dan Dewan Cenderawasih.
Jarak pusat penempatan ini dengan lokasi pencerobohan di Kampung Tanduo adalah kira-kira 20 kilometer.
"Hari pertama kami tinggalkan kampung, kami hanya menumpang di rumah saudara di kampung berhampiran.
ATM..
ATM..
"Selepas itu keadaan makin tegang
memaksa kami dipindahkan ke Dewan Embara Budi. Di sinilah keluarga saya
berkumpul dan kami berkongsi kehidupan bersama 600 penduduk," jelasnya.
Pengganas Sulu
Selain penduduk Kampung Tanduo,
turut dipindahkan ke pusat-pusat penempatan sementara ialah penduduk
dari Kampung Tanjung Labian, Tanjung Batu, Sungai Bilis, Lok Buani, Lok
Sembuang, Tagupi, Tanagian dan Sungai Merah.
Semua penduduk kampung tersebut
dianggarkan sekitar 2,000 orang adalah mangsa kepada kerakusan
sekumpulan manusia yang ingin menawan wilayah Sabah.
Menggelar diri mereka sebagai
Tentera Diraja Sulu, kumpulan itu yang dilabel sebagai pengganas Sulu
nekad bertarung nyawa, termasuk membunuh sembilan anggota pasukan
keselamatan.
Bukan
setakat Lahad Datu, keganasan kumpulan berkenaan turut tersebar ke
daerah Semporna apabila Kampung Seri Jaya, Simunul menjadi saksi kepada
pertumpahan darah.
Di pihak pasukan keselamatan, kumpulan yang diketuai Raja Muda Azzumudie itu perlu dihapuskan sepenuhnya.
Namun
bagi penduduk kampung, apa yang berlaku termasuk serangan besar-besaran
oleh pasukan keselamatan pada 5 Mac lalu mungkin sukar dilupakan.
Siti Rugayah, 50, yang kini
ditempatkan di Dewan Embara Budi mengakui perlukan masa yang lama untuk
menerima hakikat kampung halamannya di Tanduo telah musnah.
"Saya ada dua hektar tanaman kelapa
sawit dan beberapa ekor kambing yang dipelihara. Tidak pernah terlintas
di fikiran kami pencerobohan seperti ini akan berlaku," ujarnya.
Berbeza dengan penduduk Kampung
Tanjung Labian, Afat Zaid, 40, dia memilih untuk tidak meninggalkan
rumahnya sehinggalah pencerobohan merebak ke Kampung Tanjung Batu.
"Ketika serangan besar-besar tempoh
hari, saya bersama beberapa penduduk masih berada di rumah. Sehinggalah
pada Sabtu lalu apabila kami terdengar bunyi tembakan berhampiran
kampung.
Tindak balas ATM.
Tindak balas ATM.
"Kami merasakan keadaan di kampung
sudah tidak selamat dan memilih meninggalkan kampung untuk mencari
perlindungan di Embara Budi," ujarnya.
Pengalaman berbeza dialami seorang
suri rumah, Adawiyatul Jannah Sarip Maulah, 25. Dia terpaksa bertarung
nyawa meninggalkan rumahnya di Tanjung Labian selepas tiga jam
melahirkan seorang bayi perempuan.
Adawiyatul berkata, dia melahirkan
bayinya pada pukul 6 petang iaitu sehari sebelum pasukan keselamatan
menggempur Kampung Tanduo pada hari Selasa.
Bayi seberat 3.2 kilogram itu yang
diberi nama, Wan Maulina Awani Izatul Basri dilahirkan dalam keadaan
sihat dan cukup sifat. "Selepas melahirkan anak, kami sekeluarga
mendapat berita mengenai empat buah bot yang mendarat di pantai
berhampiran kampung kami.
"Bimbang sesuatu yang buruk menimpa
kami sekeluarga, saya kuatkan kudrat dan semangat untuk keluar dari
kampung bagi menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Dewan Embara
Budi.
Menceritakan pengalamannya itu,
Adawiyatul berkata, anak bongsu dari tiga beradik itu hanya dilahirkan
di rumah dan dibidankan oleh bidan kampung berikutan tiada pengangkutan.
Cari kenderaan
"Sebaik tali pusat Wan Maulina Awani
Izatul dipotong oleh bidan, jiran-jiran membawa khabar berkenaan
terdapatnya beberapa bot mendarat di pesisir pantai tidak jauh dari
Tanjung Labian.
"Dalam keadaan saya yang masih berdarah selepas bersalin suami berusaha mencari kenderaan untuk kami melarikan diri," tambahnya.
Perwira negara sedang beraksi.
Perwira negara sedang beraksi.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan
Negeri Tungku, Datuk Mohd. Suhaili Said yang dipertanggungjawab memantau
penempatan sementara di ketiga-tiga dewan berkenaan mengakui keadaan
penduduk semakin stabil.
Perwira negara sedang beraksi.
Perwira negara sedang beraksi.
Ujarnya, kerajaan dengan kerjasama
pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tidak pernah
mengabaikan keperluan semua penduduk yang dipindahkan, sebaliknya
memberikan bantuan terbaik.
"Saya akui ini bukanlah pilihan yang mereka inginkan, tetapi inilah jalan terbaik demi keselamatan mereka.
"Kita yakin pasukan keselamatan akan
melakukan yang terbaik bagi mengembalikan keharmonian di
kampung-kampung yang terlibat," ujarnya.
Kami mohon doa...Malaysia berjaya.
Kami mohon doa...Malaysia berjaya.
No comments:
Post a Comment