http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/03/selamat-tinggal-lahad-datu-selamat.html
Amat berat kaki nak
melangkah keluar dari 'war zone'..amta berat rasanya hati nak tinggalkan
"medan juang"..hiba..sayu bila kenangkan wira negara terus berjuang
tanpa henti menghapuskan pengganas Kiram III yang datang tanpa d
undang..datang kononnya nak ambil balik Sabah..datang tanpa fikir dengan
waras bahawa mereka datang untuk d kuburkan d sini !!
Sepanjang aakj d Lahad
Datu..d pusat media..banyak pengalaman aakj timba..banyak juga yang aakj
lalui..hati budi orang sini..hati budi Anggota Keselamatan..samada
Polis, Tentera maupun Polis Bantuan Felda..semuanya bergerak d bawah
satu bumbung..OPS DAULAT !! Selamatkan Tanah yang berdaulat ini..
Walau jadual harian d
atur sendiri..namun kerjasama semua pihak..tak lupa warga Felda Sahabat
dan warga Semporna..kerja aakj "smooth and steady"..hilang rasa
gementar..hilang sikit rasa rindu pada anak isteri..
Kedatangan aakj ke sini
atas jemputan sahabat Sabah...datang atas dasar rasa tanggungjawab agar
seluruh rakyat Malaysia mendapat berita secepat yang boleh..sama seperti
media arus perdana yang lain..berita krisis amat penting d sebarkan
agar rakyat tidak keliru dengan mainan 'dalang' yang cuba politikkan apa
yang terjadi d sini..
Kata orang..berat mata
memandang..berat lagi bahu memikul..inilah keadaan d sini..kalau d
tengok raut wajah warga Lahad Datu dan Semporna..jelas kelihatan..mereka
trauma dengan apa yang terjadi..bohonglah kalau mereka tidak
trauma..itulah keluhan sahabat aakj yang sepanjang masa bersama ke
lapangan mencari berita untuk d paparkan kepada seluruh rakyat
Malaysia..
Sudah menjadi
adat..sampai masa pertemuan ini akan ada penghujungnya..aakj terpaksa
pulang juga..terpaksa tinggalkan sejuta memori yang tak pernah terbayang
dalam hidup aakj bahawa diri ini juga pernah hadir d peristiwa yang
menjadi sejarah negara..
Rasa longlai juga tadi
semasa nak naik pesawat untuk tinggalkan daerah yang warganya amat baik
sekali..malah aakj selalu tulis d Facebook..bahawa Orang Sabah
Baik-Baik..ini bukan retorik..ini kenyataan..kerana terlalu baiklah maka
mereka d tipu oleh pengganas Tausug yang datang kononnya nak menumpang
tuah mencari rezeki d bumu Felda Sahabat ..
Baik sehingga penyamaran
puak kera Tausug ini tidak dapat d baca langsung oleh warga Felda
Sahabat..ada yang menyamar jadi pekerja ladang..tukang rumah dan
berniaga kecil-kecilan..malah yang amat mendukacitakan mereka..ada yang
menyamar menjadi Imam selama bertahun tahun..akhirnya sanggup menyarung
seragam pengganas dan membunuh rakyat Malaysia..anggota keselamatan
gugur syahid..
Itulah tahap kebaikan
yang Sabahan ada..terlalu percaya pendatang..mereka amat
berduka..sanggup..kita bagi makan..mereka balas racun..
Di kesempatan ini..aakj
ucapkan jutaan terima kasih pada semua Sahabat Sabah yang bersam
aakj..bantuan anda selama aakj berada d sana hanya Allah jua yang mampu
balas..
Kepada warga Felda Sahabat..aakj doakan anda semua d lindungi Allah swt..
Kepada warga wira negara..aakj ucapkan terima kasih kerana sudi bantu aakj..Allah akan lindungi anda semua..yakinlah !
Kepada warga media
yang masih berada d sana..aakj ucapkan jutaan terima kasih juga kerana
ilmu yang aakj timba selama bersama..maklumlah aakj bukan lepasan
media..
Kepada rakyat Malaysia..doakanlah keselamatan dan kesejahteraan mereka semua...aminnn
Ada rezki..aakj berjanji akan ke sana lagi...
No comments:
Post a Comment