Sumber Dari http://networkedblogs.com
Hiba hati aakj bila dengar sendiri cerita bagaimana pertempuran yang
menjadi sejarah duka negara kita..pertempuran yang menyebabkan gugurnya 6
syuhada dan terkepungnya 18 orang anggota polis dalam peristiwa
serangan lahanat pengganas Kiram III d Kampung Simunul, Semporna Sabah.
Blogger AAKJ di Kg. Simunul. BB TABIK SPRING SAMA LU!!!
Di sebalik kisah ngeri anggota kita yang gugur syahid yang semua rakyat
sudah sedia maklum kita seakan lupa bahawa trauma yang d hadapi oleh 18
orang anggota polis yang d kepung lebih dari 20 jam..mereka terperangkap
dalam keadaan ada yang cedera..ada yang perlu menjaga tawanan dan ada
yang perlu menjaga rakan yang cedera parah..lebih hiba bila ada yang
jaga sahabat mereka yang telah kaku gugur syahid.
Aakj mengambil kesempatan menemubual sendiri anggota polis yang terlibat
dalam peristiwa getir itu. Sambil bercerita, aakj lihat airmata sayu
mula bergenang d mata anggota polis yang terlibat pada kejadian
tersebut.
Sekali sekala aakj melihat anggota polis tersebut menggenggam erat
senjata yang d bawanya..geram juga katanya..malah beliau mengatakan
bahawa beliau seolah-olah tidak puashati kerana ada pengganas Kiram yang
berjaya melarikan diri..
Semasa kejadian berlaku, beliau melihat sendiri bagaimana sahabatnya d
tembak dari arah sisi..melihat sendiri bagaimana seorang sahabatnya
cedera parah d tetak hampir putus kedua tangannya..tetakan d kepala
menyebabkan darah mengalir laju membasahai lantai papan yang jarang..
Terlalu sebak bila kenangkan mereka terkepung dalam suram malam..makanan
tiada, peluru pun hampir habis dan sahabat yang tercedera parah mula
bertanya..'lambat lagikah bantuan tiba..?"
"Bohonglah saya kalau saya kata saya tidak trauma.." itulah kata-kata
yang menyentuh hati aakj..menurut beliau..siang dan malam selepas
kejadian ngeri itu, beliau bersama rakan yang lain berkongsi perasaan
yang sama..TRAUMA..apalagi kami bertugas d balai ini sudah lama dan
masyarakat d sini mengenal kami.samada yang baik maupun penjenayah pun
mungkin kenal kami..
Aakj melihat sendiri semasa aakj mengikuti program Polis memberi penerangan kepada orang kampung
Aakj lihat mereka semuanya bertopeng semasa mengawal keselamatan
penduduk dan OCPD ketika ceramah d jalankan semalam..Bila d tanya kenapa
memakai topeng muka..beliau menjawab, mereka perlu lindungi muka mereka
mulai hari kejadian tersebut d mana saja mereka berada..bimbang juga
berada d khalayak ramai dan manalah tahu ada saki baki pengganas atau
talibarut Kiram III yang ingin membalas dendam...
Malah menurut beliau, ada d antara rakan mereka yang masih menggigil ketika memegang senjata selepas kejadian itu..
Tambahnya lagi..kami bukan minta penghargaan seperti syuhada atau
anggota lain yang tercedera..kami dengar ada guru-guru d beri kaunseling
supaya hilang trauma mereka..kerana beliau dengar ada guru yang mohon
pindah sekolah..
"Kami akan kekal d sini..kami takkan berganjak maupun di tukarkan.."
"Kalau boleh kami 18 orang ini d beri kaunseling agar hilang trauma yang kami hadapi..itu saja yang kami minta.."
Saat itu aakj berjanji dengan anggota yang terlibat..insyaAllah kiranya
aakj kembali ke Lahad Datu, kembali ke pusat Media maka aakj akan
sampaikan hasrat ikhlas ini..
Alhamdulillah..semalam aakj dapat bertemu dengan Timbalan Ketua Polis
Negara, ketika itu Tan Sri Khalid baru saja tiba ke Pusat Media Felda
Residence..aakj terus sampaikan hasrat anggota polis yang terlibat dalam
tragedi Simunul, Semporna..
"InsyaAllah..good idea..terima kasih..kita akan ambil perhatian serius.."
spontan keluar dari mulut Tan Sri..Alhamdulillah sahut aakj..terima
kasih Tan Sri..mudah-mudahan moral anggota polis kita sentiasa d tahap
yang amat tinggi..
Kepada Abang-Abang Wira Simunul..semoga anda semua baca apa yang aakj
tulis ini..Aakj doakan anda semua d tenangkan hati oleh Allah swt..
Kepada Tan Sri..aakj ucapkan terima kasih kerana perihatin kepada semua anggota polis d bawah Tan Sri..
Kepada Rakyat Sabah..anda orang baik-baik..berilah kerjasama yang
sebaiknya kepada mereka..ada d antara anggota polis bukan orang
Sabah..tapi mereka jaga keselamatan semua dan mereka gugur demi
pertahankan kita semua..
Kepada Rakyat Malaysia..janganlah kita lupa kepada Anggota Keselamatan
kita yang tercedera maupun yang tidak cedera..mereka semua ke sana
dengan satu tujuan..pertahankan kedaulatan negara kita !
Kalau ada pihak yang ingin lancarkan tabung mengenang budi dan jasa mereka..aakj ucapkan terima kasih..
No comments:
Post a Comment