Sabah
mencatatkan peningkatan 0.65 peratus dalam kadar lulus keseluruhan
dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari 88.76
peratus pada tahun 2011 kepada 89,41 peratus tahun lepas.
6,013
pelajar Tingkatan Enam di seluruh Sabah telah menduduki peperikasaan
tahun lalu dan seramai 5,376 pelajar telah lulus - 106 jumlah pelajar
mendapat 5P(Principal), 2,122 mendapat 4P, 1280 mendapat 3P, 1021
mendapat 2P dan seramai 847 mendapat 1P.
Menurut
Pengarah Pelajaran Negeri Jame Alip, sepuluh sekolah di seluruh negeri
Sabah telah 100% lulus dalam peperiksaan ini iaitu, SMK Likas Kota
Kinabalu, SMJK Tiong Hua Sandakan, SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu,
Kota Kinabalu High School, SMK Agama Mohd Ali Ranau, SMK Kunak, SM Sung
Siew Sandakan, SMK Merotai Besar Tawau, SMK Segaliud Sandakan dan SMK
Weston Beaufort.
Selain
itu, Sabah juga mencatatkan keputusan yang lebih baik dalam tujuh mata
pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris,
Kesusteraan Melayu, Sejarah, Geografi, Pengajian Perniagaan dan
Biologi.
Tambah
Jame, peningkatan itu disebabkan oleh aktiviti-aktiviti di sekolah yang
dilaksanakan oleh pelajar dan guru-guru.
Namun
begitu, 14 mata pelajaran kelihatannya kurang pelajar yang lulus. Mata
pelajaran tersebut adalah Pengajian Am, Bahasa Cina, Bahasa Arab,
Syariah, Usuluddin, Ekonomi, Perakaunan, Matematik, Matematik Tambahan,
Pengkomputeran, Fizik, Kimia, Sains Sukan dan Seni Visual.
Ekoran
daripada keadaan ini, Pengarah Pelajaran Negeri berkata bahawa Jabatan
Pendidikan akan menyiasat penurunan peratusan kelulusan dalam mata
pelajaran ini dan bekerja dengan sekolah bagaimana untuk
menyelesaikannya.
Baca selajutnya : Borneo Post
No comments:
Post a Comment