PUTRAJAYA: Seramai 15,793 daripada 472,541 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya mendapat gred A bagi semua mata pelajaran yang diambil.
Ini merupakan peningkatan 0.16 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, jumlah tersebut melibatkan 13,721 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran dan 2,072 calon dari sekolah bukan di bawah kementerian.
Beliau berkata demikian kepada sidang akhbar mengumumkan keputusan SPM 2012 di sini, Khamis.
Selain itu, sejumlah 481 calon mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Walau bagaimanapun, Gred Purata Nasional (GPN) menurun dari 504 pada tahun 2011 kepada 5.08 pada tahun 2012.
GPN mengukur prestasi pelajar secara keseluruhan dalam peperiksaan, dan skor yang lebih rendah menunjukkan pencapaian pelajar yang lebih baik.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata perbezaan dalam skor GPN penting jika ia menunjukkan 0.05 mata atau lebih.
“Saya sudah mengarahkan mereka (kakitangan kementerian) untuk melihat keputusan peperiksaan bagi melihat bagaimana kita boleh meningkatkannya lagi pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan di sini Khamis.

No comments:
Post a Comment