KEADAAN KESELAMATAN DI DAERAH LAHAD DATU ADALAH TERKAWAL DAN SELAMAT.
PIHAK PASUKAN KESELAMATAN TELAH BERJAYA MENANGKAP DUA ORANG PEMIMPIN PENGGANAS. TANGKAPAN PERTAMA BERLAKU PADA LEWAT MALAM TADI DAN TANGKAPAN KEDUA PADA AWAL PAGI INI. SALAH SEORANGNYA ADALAH MERUPAKAN ‘LOCAL COORDINATOR’ YANG MENYEDIAKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SEPERTI MAKANAN, PERUBATAN DAN KEPERLUAN LOGISTIK KEPADA KUMPULAN PENGGANAS. MANAKALA TANGKAPAN KEDUA MERUPAKAN ‘MILITARY COMMANDER’ SULU YANG MENJADI PERANCANG GERAKAN DI KAWASAN INI.
SAYA YAKIN DENGAN TERTANGKAPNYA DUA ORANG PENGGANAS INI, PASUKAN KESELAMATAN BERJAYA MELUMPUHKAN GERAKAN MEREKA. SAYA JUGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI BAGI PIHAK PASUKAN KESELAMATAN, UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA ORANG RAMAI YANG TELAH MEMBANTU DAN MEMBERI KERJASAMA SEHINGGA TERTANGKAPNYA KEDUA-DUA PEMIMPIN PENGGANAS TERSEBUT. ADALAH DIHARAPKAN AGAR KERJASAMA INI AKAN BERTERUSAN WALAUPUN BERAKHIRNYA OP DAULAT INI.
STATISTIK TERKINI JUMLAH TANGKAPAN YANG DISIASAT DI BAWAH SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012, (SOSMA) ADALAH SERAMAI 108 TANGKAPAN TERMASUK 8 ORANG YANG DITUDUH DI MAHKAMAH TINGGI TAWAU PADA 21 MAC 2013. TANGKAPAN KES-KES LAIN SERAMAI 300 ORANG (AKTA IMIGRESEN-298 ORANG, AKTA PENDAFTARAN NEGARA-1 ORANG DAN AKTA BAHAN LETUPAN, KAKISAN DAN SENJATA BERBAHAYA-1 ORANG)
JUMLAH MAYAT PENGGANAS YANG BERJAYA DIBAWA KELUAR ADALAH SERAMAI 38 ORANG DAN JUMLAH PENGGANAS YANG DITEMBAK MATI ADALAH SERAMAI 63 ORANG.
OPERASI PEMBERSIHAN/PENGGELEDAHAN DI KAWASAN KAMPUNG TANJUNG BATU MASIH DITERUSKAN.
DALAM TEMPOH 24 JAM INI, TIADA LAPORAN PASUKAN KESELAMATAN YANG TERKORBAN DAN MENGALAMI KECEDERAAN. BILANGAN PASUKAN KESELAMATAN YANG TERKORBAN DAN CEDERA PARAH ADALAH SAMA IAITU 10 ORANG TERKORBAN DAN 10 ORANG CEDERA PARAH.
KEADAAN DI PUSAT PERPINDAHAN KEMBARA SAKTI ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL. PASUKAN KESELAMATAN AKAN MENINGKATKAN RONDAAN KESELAMATAN DAN PIHAK POLIS AKAN MENGUNJUNGI KAMPUNG TERSEBUT BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN TERUS TERJAMIN.
No comments:
Post a Comment