06 April 2013

Akhirnya Derita Jua Yg Di Temui !!!

Ku sangka panas berpanjangan.. Rupanya hujan di tengah hari. Kegembiraan hari semalam tidak menjanjikan apa apa untuk hari ini ...





Bila tidak ada 'Khashyah' (rasa takut) kepada Allah, seseorang boleh sahaja ketawa terkekeh-kekeh dan terbahak-bahak semasa berbuat dosa. Dia masih tergamak bergelak ketawa setelah melakukan maksiat kepada Allah. Sewaktu dan selesai berzina, ketawa terkekeh-kekeh. Sewaktu dan selesai teguk arak, ketawa terbahak-bahak. Sewaktu dan sesudah rasuah-merasuah, ketawa penuh puas. Selepas pukul dan bunuh orang, boleh ketawa-ketawa lagi.

Tak mengapaa. Ketawalah! Ketawalah selagi dia mampu ketawa. Ketawalaahh sepuas hatinya! Watak yang dia tampilkan itu tidak lain menunjukkan jiwanya yang keras dan hatinya yang sombong kepada Allah. Ya, seolah-olah dia mencabar Allah, "Buatlah apa yang engkau mahu. Aku tak takut janji siksamu!". Demikian makna tersirat hilai tawa ahlul munkar dan pejuang kemaksiatan. Bahasa tubuh yang dipamerkan menggambarkan dia tak hairan dan peduli pada peringatan Allah dan Rasul. Bila kita cuba nasihatkan usah bersikap demikian, kita pula yang diketawakannya. Tak mengapa. Sebagaimana dikatakan, tiada harapan keampunan pada dosa yang bersumberkan kesombongan dan ketakburan.

Nantikan masanya dan sesungguhnya ia sudah terlalu hampir. Ahlul Hikmah mengatakan: "Barangsiapa berbuat dosa (maksiat dan mungkar) dalam keadaan ketawa, nanti Allah akan benamkannya ke dalam neraka dalam keadaan menangis dan meraung hiba".

Kredit:sahabatAmal

No comments: