i itu berkata, beliau mengesyaki 'sesuatu' selepas terserempak penduduk kampung tersebut membawa beberapa ketul ikan goreng yang didakwa untuk neneknya.
Menurutnya, beliau dan anggota keselamatan yang lain kemudian membuat siasatan dan menjejaki lelaki itu sehinggalah mendapati ada enam pengganas Kiram di dalam dua buah rumah.
"Ikan goreng tersebut sebenarnya untuk enam pengganas itu termasuk dua orang wanita. Pasukan keselamatan kemudian mengatur strategi dan melancarkan serangan sehingga dapat membunuh musuh itu.
"Kita juga bernasib baik kerana lokasi musuh itu berada amat sesuai untuk melakukan serangan ke atas anggota keselamatan kita yang keluar masuk ke kampung itu," katanya yang ditemui di sini hari ini.
Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana dibukakan pintu hati untuk mengesyaki perbuatan penduduk tersebut sekali gus menyelamatkan nyawanya dan anggota keselamatan yang lain.
Foto: Sebuah keluarga sempat beramah mesra dengan sekumpulan anggota Pasukan Gerakan Am yang ditugaskan membuat rondaan di Kampung Lok Buani, Lahad Datu, Sabah, semalam.
No comments:
Post a Comment