01 April 2013

Kenyataan Terbaru PDRM Krisis DI Lahad Datu!!



Dah bermacam-macam ceriter yang keluar di media sosial ni. BB pun dah tak dapat nak pastikan mana satu yang sahih dan sebaliknya.

So, untuk jalan selamat dan tidak mengeruhkan keadaan, BB Kongsi kenyataan terkini daripada laman rasmi PDRM.





Kota Kinabalu, 1 Mac - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan tidak sesekali percaya kepada khabar angin dan sumber berita tidak sahih disebarkan menerusi media sosial berkaitan insiden serangan kumpulan penceroboh bersenjata terhadap anggota keselamatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu. 


Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata apa yang lebih penting pada masa kini ialah jangan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan khabar angin dengan tujuan untuk memburukkan lagi keadaan. 

"Pihak berkuasa akan memberikan maklumat terperinci berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Musa yang mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan penceroboh itu terhadap anggota keselamatan negara. 

"Sesungguhnya kita berasa amat sedih dan bersimpati serta amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya. 

Musa berkata pihak berkuasa keselamatan sedang menangani krisis tersebut. "Pihak keselamatan berupaya dan mampu untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya. - BERNAMA

No comments: