Regatta
Lepa-Lepa merupakan perayaan tahunan tradisi masyarakat Bajau di Daerah
Semporna yang disambut setiap bulan April. Sambutan Regatta Lepa-Lepa
ini mula dikomersialkan pada tahun 1994 bagi memperingati tradisi
Lepa-Lepa (Mohd Shafie 2006: 28). Regatta
Lepa mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat
daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri
Sabah. Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia[1].
Festival air ini akan mula membuka tirainya dengan kedatangan pelbagai lepa (perahu)
dari seluruh pelusuk kampung yang terdapat di Daerah Semporna, dipimpin
oleh Ketua Kampung masing-masing. Hadirin yang datang menyaksikan
sambutan ini dapat melihat perarakan lepa berhias juga tarian tradisi masyarakat Bajau[2] Semporna diiringi dengan muzik etnik tempatan di atas lepa Selain itu, pertandingan acara laut seperti tarik tali lepa, lumba kayak renang dan pertunjukan bunga api akan turut mewarnai perayaan ini (Lampiran B).
Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat, pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa
berkumpul. Melalui perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata
tempat termasuk di pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding.
Pertandingan utama adalah merebut gelaran 'Lepa Tercantik'.
Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Aktiviti sambutan Regatta
Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan utama iaitu 'Acara Laut' di tepi
pantai dan 'Pentas Budaya' dan pameran di Padang Pekan Semporna. Pada
sebelah malamnya pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan
persembahan kebudayaan tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian
artis tempatan. Pertunjukan bunga-api turut mewarnai langit Semporna
pada malam tersebut[3].
Dalam
arus perubahan globalisasi hari ini, perayaan tradisi masyarakat Bajau
ini juga turut terkena tempiasnya. Ini adalah kerana, berdasarkan
pemerhatian penulis tarian malam kesenian yang biasanya menampilkan dan
memperkenalkan budaya tempatan kepada para penonton khususnya pelancong
asing dan tempatan, namun sudah mula didominasi oleh persembahan konsert
penyanyi tempatan dan tanah air.
Kredit:AminahNasir
[1] http://www.sabah.gov.my/pd.sprn/regatta.html
[2] Tarian igal-igal
[3] http://www.sabah.gov.my/pd.sprn/regatta.html
No comments:
Post a Comment