Polis Pantau Perang Siber
Kuala
Lumpur, 5 April - Polis hari ini mengulangi ingatan kepada pihak yang
berkenaan agar berhati-hati ketika membuat kenyataan menerusi media
sosial sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, bagi mengelak
pelanggaran undang-undang terutama berkaitan hasutan.
Penolong
Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed
Yusof berkata ini berikutan perang siber semakin rancak sekarang,
membabitkan parti politik, penyokong mereka dan pelbagai pihak lain.
"Kadang-kadang semasa kita teruja, kita menulis secara tidak
bertanggungjawab. Perkara ini dipantau polis dan Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia bagi mengelak penyebaran gejala hasutan dan
sebagainya," katanya pada taklimat media sempena PRU13, di Bukit Aman di
sini.
Ramli berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan PRU13 menerusi laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Dalam pada itu, bagi memastikan kelancaran operasi polis sepanjang
PRU13, sebanyak 11 pegawai kanan dilantik untuk memantau 14 kontinjen.
Mereka ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang
akan memantau kontinjen Negeri Sembilan, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (Sabah), Pengarah JSJ Komersil
Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan (Kedah dan Perlis), Pengarah Pasukan
Petugas Khas Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (Perak) dan Pengarah
Pengurusan Datuk Mortadza Nazarene (Sarawak).
Turut terbabit
Pengarah JSJ Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim yang akan memantau
kontinjen Kelantan dan Terengganu, Pengarah Jabatan Logistik Datuk
Pahlawan Zulkifli Abdullah (Johor dan Melaka), Pengerusi Bidang
Keberhasilan Utama Negara Datuk Wira Ayub Yaacob (Pahang), Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk
Seri Salleh Mat Rasid (Kuala Lumpur), sementara Timbalan Pengarah II
Cawangan Khas Datuk Eo Chong Cheong memantau kontinjen Pulau Pinang dan
Pengarah I JKDNKA Datuk Abd. Rahman Hussin (Selangor).
Kata Ramli sepanjang PRU13 juga Bukit Aman akan mengadakan taklimat media sebanyak dua kali sehari.
BERNAMA
Sumber:Bernama
No comments:
Post a Comment