“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.
Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar
menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di
rumahnya lesap.
“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.
DAKWAAN ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu
kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak
boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.
Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana
tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan
syirik.
Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota
polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar
Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.
Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri
walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian
tertanggal dan tubuh berasap.
Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan
keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk
menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.
“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak
di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis
kepada Sinar Harian.
Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke
Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang
pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang
disampaikan anggota keselamatan kepada kami.
Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.
Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera
Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang
menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan
Februari lalu.
Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di
sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.
Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang
sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.
Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.
Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk
kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing
masuk ke kampung mereka.
Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang
awam selepas pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan
pengganas. - Sinar Harian
Kredit : Beliabangkit
No comments:
Post a Comment