03 April 2013

OP Daulat 3 April 2013




KEADAAN KESELAMATAN DI NEGERI SABAH ADALAH TERKAWAL DAN SELAMAT. RONDAAN OLEH PASUKAN KESELAMATAN GIAT DIJALAHKAN DARI MASA KESEMASA.

TIDAK ADA PERTEMPURAN YANG BERLAKU SEJAK 28/3/2013 IAITU SEJAK 5 HARI YANG LALU.

OPERASI PEMBERISHAN DI KAWASAN SUNGAI MERAH, LOK SEMBUANG DAN LOK BUANI TELAH SELESAI DIJALANKAN. ORANG RAMAI YANG TINGGAL DI KAMPUNG INI TELAH DIBENARKAN PULANG KE RUMAH MASING-MASING BERMULA KELMARIN. SERAMAI 1299 ORANG TELAH BALIK KERUMAH MASING-MASING

•BERIKUTAN DENGAN INI 3 PUSAT PEMINDAHANTELAH DITUTUPIAITU ::-

•DEWAN CENDERAWASIH

•DEWAN GEMBALAPURA

•DAN DEWANFAJARHARAPAN

CUMA TERDAPAT 106 ORANG DARIPADA 17 KELUARGA YANG MASIH DITEMPATKAN DI DEWAN PEMINDAHAN EMBARA BUDI KERANA RUMAH MEREKA DIBAKAR ATAU TIDAK SESUAI UNTUK DIDIAMI.

MENGENAI STATISTIK BERSABIT OP DAULAT , TIADA KEMATIAN DAN KECEDERAAN PASUKAN KESELAMATAN DALAM 24 JAM YANG LALU DAN TIADA TANGKAPAN BARU DILAKUKAN.

OPERASI DAULAT MASIH DITERUSKAN UNTUK MENJAMAIN KESELAMATAN KAWASAN YANG TERLIBAT. RONDAA N OLEH POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN TENTERA DIPERTINGKATKAN UNTUK MEMBERI KEYAKINAN KEPADA PENDUDUK-PENDUDUK DI KAWASAN TERBABIT BAHAWA KAWASAN-KAWASAN BERKENAAN MEMANG SELAMAT. ORANG AWAM DINASIHATKAN JANGAN MENDENGAR KHABAR ANGIN DAN DIMINTA MELAKSANAKAN AKTIVITI MEREKA SEPERTI BIASA.

DALAM USAHA KAMI UNTUK MEMBENTERAS AKTIVITI PENGGANAS, PIHAK POLIS SEDANG MENCARI SEORANG LAGI LELAKI YANG ADA GELARAN DATUK SERI BAGI MEMBANTU SIASATAN BERHUBUNG OPS DAULAT.

LELAKI INI BERNAMA CLARENCE LUING KARL @ MUHAMMAD KHALIL JOHN L. KARL. DILAPOR MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PIHAK KESULTANAN SULU.

ALAMAT TERAKHIR BELIAU IALAH DI RH 55, JALAN RANAU LAMA, KAMPUNG BAWANG, TAMPARULI, SABAH.

BELIAU DIMINTA SEGERA MENYERAH DIRI DI MANA-MANA BALAI POLIS BERHAMPIRAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN.
 
 
Kredit:VAT69-Perjuangan Semalam

No comments: