Salam Buat Semua, Nampaknya kehangatan PRU 13 makin terasa.Kebanyakan negeri sudah membubarkan Dewan Undangan Negeri memasing selaras dengan saranan Perdana Menteri Malaysia.Justru itu kita sebagai rakyat Malaysia, berhak menentukan hala tuju Negara dan memilih PEMIMPIN yg benar benar berkemampuan untuk mentadbir Malaysia untuk tempoh 5 tahun lagi ...Debat Pilihanraya ... Relevan atau tidak diadakan di Malaysia... Fikir2kan.
Debat PRU 13 : Parlimen
sudah pun dibubarkan semalam. Sekarang perjalanan untuk menentukan
halatuju negara di bawah pemerintahan untuk 5 tahun seterusnya bakal
ditentukan tidak lama sahaja lagi iaitu dijangka pada 27 April 2013 ini.
Manifesto Pakatan Rakyat sudah pun dibentangkan kepada rakyat (DI SINI), manakala Manifesto Barisan Nasional akan dibentangkan kepada rakyat di Stadium Merdeka Sabtu ini (6 April 2013). Jadi…
Jadi bagi setiap parti politik yang
bakal bertanding samada “Pakatan Rakyat” ataupun “Barisan Nasional” ada
bahan dan produk yang ingin ditawarkan kepada rakyat untuk mereka iaitu
kepada anda, anda dan anda di sini membuat pilihan yang terbaik.
Persoalannya sekarang, adakah “produk” dan “pelan pembangunan negara”
yang ingin ditawarkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat benar-benar bermutu dan berkualiti?
Debat PRU 13 : Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat
Semestinya
kalau ditanya kepada kedua-dua parti, pasti mereka akan mendabik dada
mengatakan manifesto mereka adalah yang terbaik, terunggul dan
macam-macam lagi sambil mencemuh manifesto daripada pihak lawan.
Inilah yang akan berlaku apabila setiap manifesto samada manifesto Pakatan Rakyat mahupun manifesto Barisan Nasional dibentangkan dan dipersembahkan secara satu hala sahaja. Itu sebablah, seeloknya manifesto dan untuk pelan pembangunan untuk rakyat dan negara perlu diperdebatkan semasa Debat PRU 13 secara langsung bukannya rakaman.
Semakan kami kepada ranking
International Human Development, Malaysia di rangking ke 64 berbanding
Kenya di tangga ke 145. Nyata dari sudut intelektual, Malaysia
terkehadapan. Tahniah kami ucapkan. Tetapi…..ada tetapinya.
Sumber : International Human Development
Tetapi semasa PRU Kenya Mac 2013 yang
lalu, mereka secara terbuka anjurkan DEBAT ANTARA CALON PRESIDEN. Debat
adalah medan menilai hujah, menifesto & intelektual.
Bagaimana dengan PRU di Malaysia? Adakah Debat PRU 13
Malaysia akan menjadi realiti? Sampai bilakah rakyat Malaysia hanya
dipersembahkan secara berterusan sekadar perang bendera &
pertandingan cari kelemahan individu lawan, politik fitnah serta
pembentangan manifesto untuk ditelan bulat-bulat oleh rakyat tanpa
diberikan peluang untuk mendapatkan perbandingan yang adil daripada
pihak-pihak yang bertanding?
“Jangan jadi ahli poltik yang hanya pandai sekadar baling batu sembunyi tangan sahaja. Mesti bertanggungjawab untuk setiap apa yang diperkatakan”
Di hati kecil kami teringin benar hendak
lihat situasi ini di Malaysia. Setiap wakil parti yang bertanding
membentengkan manifesto sendiri dalam debat PRU 13.
Biar rakyat menilainya. Rakyat Malaysia, tidak perlu berpindah ke Kenya
untuk merasai debat begini. Cukuplah rakyat Malaysia diberikan peluang
dan ruang manakala kedua-dua belah pihak yang mahu memimpin negara perlu
ada kebaranian untuk tampil ke hadapan bagi membentangkan manifesto
masing-masing secara langsung kepada rakyat.
Orang tua-tua ada mengatakan :
“Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”
Apa pandangan anda pula? Perlukah diadakan debat PRU 13? Mengapa?
Sumber:Beritasemasa.com
No comments:
Post a Comment