Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jikadilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:
- Subuh: 2 rakaat
- Zuhur: 4 rakaat
- Asar: 4 rakaat
- Maghrib: 3 rakaat
- Isyak: 4 rakaat
Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu
mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah
masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34
minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira
peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari,
hanyalah 2.36%.
Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238
minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan
pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4
bersamaan dengan 15.88 jam.
Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56
jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan
dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang
hanyalah lebih kurang 8 hari.
Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur
seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur
seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan
solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat
selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan
solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang
diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang
bersamaan 1 tahun 1 bulan.
Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita
menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk
menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur,
jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.
Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok
wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam
kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat
kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan
penuh khusyuk.
Kredit:mr-tazkirah
No comments:
Post a Comment