02 April 2013

Harga Motorsikal Turun !!!



harag motosikal turun
Tak cukup dengan penurunan harga kereta (DI SINI), Pakatan Rakyat sekali lagi “menyerang” Barisan Nasional yang sehingga sekarang masih lagi belum mengeluarkan intipiati manifesto Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila Pakatan Rakyat berkongsi satu lagi mekanisme & berusaha mengurangkan sedikit beban kalangan pengguna motosikal di Malaysia sekaligus memberikan satu lagi variasi penggunaan kenderaan di Malaysia pada harga yang lebih berpatutan dan praktikal.
Caranya?

Harga Motosikal Turun : Mekanisma Penurunannya?

Di Malaysia sekarang ini, bukan semua orang mampu memiliki kereta pada masa sekarang untuk bergerak terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.
Lagipun trend sekarang terutamanya kalangan warga Kuala Lumpur contohnya sudah semakin ramai yang menggunakan motosikal tidak kira motosikal berkuasa tinggi ataupun kecil untuk bergerak. Parking mudah, mudah untuk menyelit dan kurang terhimpit dengan kesesakan dan kos perjalanan menjadi murah.
  • Ketika ini, duti eksais antara 20 hingga 30 peratus yang dikenakan ke atas motosikal – mengikut saiz enjin
  • Pakatan Rakyat mahu mengurangkan cukai motosikal di Malaysia sebanyak 20% mengikut fasa
  • Dan dijangka pada tahun 2018, tiada lagi cukai motosikal untuk rakyat Malaysia
  • Pengurangan cukai disebalik cukai kereta dan cukai motosikal akan ditampung dengan lelongan terus ke atas permit import kenderaan yang dijangka bakal mengaut keuntungan RM2 bilion sehingga tahun 2015

Cukai Motosikal di Malaysia?

  • Saiz enjin di bawah 150 cc (Cukai eksais 20%)
  • Saiz enjin melebihi 150cc (Cukai eksais 30%)

Perbandingan Harga Motosikal di Malaysia VS Cukai Eksais & Jualan?

1) Harga Motosikal Yamaha FZ150i – RM8,200
harga motosikal turun
  • Cukai eksais – 20%
  • Cukai jualan – 10%
  • Keuntungan kerajaan : RM1,900
  • Harga sebenar motosikal Yamaha FZ150i - RM6,300
2) Harga Motosikal KTM Duke 200 – RM18,300
harga motosikal turun
  • cukai eksais – 30%
  • cukai jualan – 10%
  • Keuntungan kerajaan : RM5,230
  • Harga sebenar motosikal KTM Duke 200 - RM13,070
3) Harga Motosikal Kawasaki ER6N – RM34,750
harga motosikal turun 2013
  • Cukai eksais – 30%
  • Cukai jualan – 10%
  • Keuntungan kerajaan : RM9,930
  • Harga sebenar motosikal Kawasaki ER6N- RM24,820
4) Harga Motosikal BMW R1200R – RM114,500
Harga motosikal turun
  • Cukai eksais – 30%
  • Cukai jualan – 10%
  • Keuntungan kerajaan : RM32,710
  • Harga sebenar motosikal BMW R1200R - RM81,790
Adakah selepas ini dalam tempoh 5 tahun akan datang peminat motosikal berkuasa tinggi berpeluang memiliki model kesukaan mereka pada harga sebenar yang kami senaraikan di atas ini termasuklah penunggang superbike yang diksan dalam laporan berita ini, Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!?
Mampukah Malaysia menurunkan harga motosikal selepas ini? Setuju dengan cadangan dan mekanisme yang digunapakai untuk menurunkan harga motosikal di Malaysia? Atau anda lebih selesa dan redha dengan harga motosikal yang ditawarkan di pasaran ketika ini?
Sumber :Berita Semasa.Com

No comments: