TAWAU 12 April - Sebanyak 12 lagi pengganas Kiram termasuk seorang
polis berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan
melakukan pelbagai kesalahan ketika insiden pencerobohan di Lahad
Datu.
Mereka memahami pertuduhan masing-masing. Namun, Hakim P. Ravinthran
tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada kesemua tertuduh
terbabit.
Ini kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai
pendakwaan berkata, para peguam yang dilantik untuk mewakili mereka
belum sempat untuk menemubual anak guam masing-masing.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 14 Mei ini bagi sebutan semula
kes manakala kes terhadap Koperal Hasan Ali Basri akan dibicarakan pada
24 hingga 28 Jun depan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment