·
Menangisi perpisahan
akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga
menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan
dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan
akhirat
|
·
Seseorang yang
berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin
dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup.
Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran
hidup ia akan berkecai
|
·
Ajaran seorang ayah dan
ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi
lehermu
|
·
Sesungguhnya hati orang
yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di
hatinya
|
·
Setitik air boleh
membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
|
·
Paip yang kosong
menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan
kegelapan
|
·
Semakin jauh kita cuba
lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
|
·
Tingkahlaku adalah
umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
|
·
Anyamlah buih buih di
laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
|
·
Lihatlah di sekeliling
kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah
berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan,
simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat
pedoman
|
·
Jangan berbangga denga
pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
|
·
Perkataan yang lemah
lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan
yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
|
·
Seandainya kita tidak
dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita
menjadi langau yang membusukkan daging
|
·
Kemuncak segala dosa
ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak
berjanji dan banyak memberi alasan
|
·
Jangan malu memberikan
sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama
sekali
|
·
Kegagalan pertama,
tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang
bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
|
·
Orang sibuk sebenarnya
tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
|
·
Orang yang sibuk
selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
|
·
Dalam masa yang aman,
kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
|
·
Tiada bantal yang lebih
lembut melainkan ribaan ibu sendiri
|
·
Cinta ialah penyakit
dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
|
·
Airmata penyesalan yang
mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
|
·
1000 mancis tidak
menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan
dapat membawa kau ke jalan kesenangan
|
·
Adalah lebih baik
memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak
mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh
mengeluarkan kata kata yang melukakan
|
·
Wangi di badan boleh
dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di
hati itulah yang paling mulia
|
·
Janganlah bersumpah
baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja
‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah
itu
|
·
Belajarlah bersyukur
ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi
kerugian
|
·
Manusia boleh hidup
dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut
dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
|
·
Yang penting bagi anda
bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya
sahaja
|
·
Orang yang tahu
mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
|
·
Keagungan peribadi anda
terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila
berilmu dan untuk membela bila kuat
|
·
Cintaku kepada Tuhan
kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana
perasaan yang dicipta-Nya
|
·
Hindarilah diri dari
menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam
semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama
lain.
|
·
Ibarat sekuntum mawar
merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah
jiwa murni seseorang manusia
|
·
Terbitnya kebaikan dari
keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
|
·
Orang yang suka
mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.
Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
|
·
Mengapa manusia gemar
mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah
dari hasil sebuah kemesraan
|
·
Air susu ibu bagaikan
aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti
kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
|
·
Lebihkan manis dalam
senyuman, kurangkan manis dalam minuman
|
·
Bercintalah dnegan
pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan
dan berbulan madulah dngan kejayaan
|
·
Sehaluan tetapi tidak
sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
|
·
Kemarau yang melanda di
hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas
|
·
Tiada gunanya 1000
janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata
dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
|
·
Kewajipan merupakan
satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama
kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja
kita pergi
|
·
Sekeras keras batu
dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati
dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
|
·
Insan yang sempurna
rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
|
·
Lidah ibarat peti emas
tersilap cakap akan buruk padahnya
|
·
Seandainya hidup ini
punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya
kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
|
·
Hiduplah seperti pohon
kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
|
·
Setumpul tumpul
belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh
bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran
|
·
Teman yang banyak boleh
diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah
mutiara di antara pasir pasir itu
|
·
Sesuatu yang dilakukan
tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori
indah untuk disingkap kembali
|
·
Manusia yang memiliki
mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah
tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan
dibebani dosa
|
·
Bukan dikatakan cinta
apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan
sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan
kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang
pentingnya dari anda
|
·
Membiarkan dirimu
dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana
ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih
baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
|
·
Pandanglah kecantikan
hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga
janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah
atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah
TUhan
|
·
Nafsu mengatakan
perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas
dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar
akhlaknya
|
·
Bertolak ansur adalah
satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu,
jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti
hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan
perkahwinan
|
·
Ilmu pengetahuan
seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu
kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
|
·
Keikhlasan seumpama
seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud
tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di
sebalik terang itu banyak kegelapannya
|
·
Kecantikan hati, tutur
kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar
dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi
Allah
|
·
Guru mengajar apa yang
baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi
bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap
yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang
mengerti baik dan jahat
|
·
Hargailah diri, diri
itu bukan ringgit nilainya
|
·
Senyum di dalam
kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam
kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan
|
·
Tiada anak yang tidak
sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah
|
·
Biarlah bodoh bila
diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
|
·
Jadikanlah diri kamu
umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek
berkrim yang dihurungi lalat
|
·
Mengaku pandai di depan
orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli
|
·
Rindu adalah suatu
derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas
cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan
|
·
Manusia yang paling
bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri,
budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai
hutang
|
·
Sekiranya kamu
mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya
barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya
|
·
Kesunyian adalah suatu
keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan
|
·
Apabila seseorang itu
berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat,
kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik
|
·
Semalam adalah suatu
kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu
penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan
dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga
harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
|
·
Berfikirlah sebelum
berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan
keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita
dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
|
·
Sesungguhnya terselit
pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada
kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
|
·
Menerima pasangan hidup
secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan
kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
|
·
Terburu buru Dengan
perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan
semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk
keperimanusiaan
|
·
Kemanisan bicara
seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang
kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di
sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan
|
·
Racun itu mudah
diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia
dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun
|
·
Seseorang manusia itu
akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami
dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
|
·
Hidup tanpa pengorbanan
adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying
adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari
erti kebahagian
|
·
Apalah gunanya ilmu
juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah
dan Al Quran
|
·
Menilai diri sendiri
adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain
|
·
Tiada janji yang lebih
tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya
|
·
Kecantikan ibarat
pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran
|
·
Akar ilmu itu memangnya
pahit tetapi buahnya adalah lazat
|
·
Perumpamaan budi
pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki
dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat
|
·
Melakukan kesilapan itu
manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan
|
·
Hidup ini bagaikan
sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu
merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang
kukuh
|
·
Manusia yang paling
kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari
hati tertutup
|
·
Hati si siteri aku
tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh
itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya
|
·
Di sebalik nikmat ada
bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah
kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa
dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.
|
·
Setitik airmata ibu
yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang
menembusi dadamu
|
·
Seorang ibu sanggup
memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat
memelihara seorang ibu
|
·
Setiap mata yang
tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia
melihat
|
·
Kejayaan adalah suatu
pejalan bukannya suatu destinasi
|
·
Hati yang gembira boleh
diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak
semestinya mempunyai hati yang gembira
|
·
Bulan menerangi malam,
ilmu menerangi hidup
|
·
Jangan kenangi
kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah
bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil
|
·
Sesungguhnya dunia itu
mengkhayalkan
|
10 April 2013
Sekadar Renungan ...
Selagi Masih Ada ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment