Petikan dari kitab
Tanbihul Ghafilin, semoga beroleh manafaat darinya:-
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn
Abbas r.a.
berkata: “Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia
taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t.membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau
bapanya murka kepadanya sehingga mendapat ridho dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu’ ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu.”
berkata: “Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia
taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t.membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau
bapanya murka kepadanya sehingga mendapat ridho dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu’ ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu.”
Abul-Laits
Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha’ berkata: “Nabi Musa a.s.
berdoa: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Firman Allah s.w.t.: “Akuwasiat supaya
tetap dengan Aku.” Nabi Musa a.s. berkata lagi: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.”
Firman Allah s.w.t.: “Akupesan kepadamu, taatlah kepada ibumu.” Kemudian
berkata Nabi Musa a.s. lagi: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Jawab Allah s.w.t.:
Akupesan supaya taat kepada ibumu.” Musa a.s. berkata: “Wasiat kepadaku.” Allah
s.w.t.berfirman: Akuwasiat kepadamu, taatlah kepada ayahmu.”
Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Seorang datang kepada Nabi
Muhammad s.a.wdan
berkata: “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah).” Nabi Muhammad
s.a.w.bertanya: “Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Jawabnya: “Ya,
kedua-duanya.” Sabda Rasulullah s.a.w.: “Didalam melayani keduanya harus
berjihad.”
berkata: “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah).” Nabi Muhammad
s.a.w.bertanya: “Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Jawabnya: “Ya,
kedua-duanya.” Sabda Rasulullah s.a.w.: “Didalam melayani keduanya harus
berjihad.”
Hadis ini menunjukkan
bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah,
sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu
maka seseorang tidak boleh keluar untuk juhad jika tidak diizinkan oleh kedua
orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada
orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.
Bahz bin Hakim dari
ayahnya dari neneknya berkata: “Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya
Rasulullah, siapakah harus saya taat?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ibumu.”
Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ibumu.” Saya
bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w.menjawab: “Ibumu.” “Kemudian siapa?”
tanya saya lagi.” Rasulullah s.a.w.menjawab: “Ayahmu, kemudian yang terdekat
dan yang dari kerabat.”
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari neneknya
berkata Rasulullah s.a.w.bersabda: “Andaikan ada khalimah yang lebih ringan
dari kata UF (cih)untuk dijadikan dasar serendah-rendahnya durhaka pada orang
tua nescaya akan dilarang oleh
Allah
s.w.t. untuk mengatakannya, kerana itu seorang yang durhaka pada orang tuanya
boleh berbuat apa yang diperbuat maka ia tidak akan masuk syurga, sebaliknya
seorang yang bakti pada orang tuanya boleh berbuat apa saja maka tidak akan
masuk neraka.”
Abul-Laits berkata: “Andaikan Allah s.w.t.tidak menyebut
kewajipan berbakti kepada kedua orang tua itu dalam al-quran, dan tidak
ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada kedua orang
tua itu wajib, kerana itu diwajibkan seorang yang berakal harus mengerti kewajipannya
terhadap kedua orang tuanya, lebih-lebih Allah s.w.t. telah menekan dalam semua
kitab yang diturunkan iaitu Taurat,Injil,Zaburdan Al-Quran, juga telah
diwahyukan kepada semua Nabi, Rasul bahawa ridho Allah s.w.t. tergantung pada
ridho kedua orang tua dan murka Allah s.w.t.tergantung pada murka kedua ayah
bonda.”
Ada penjelasan bahawa
tiga ayat turun bergandengan dan Allah s.w.t. tidak menerima yang satu tanpa
gandingannya iaitu seperti firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi):
§ Aqimusholata
wa atuszakat (Yang bermaksud) Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat, maka
siapa solat tanpa zakat tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
§ Athi’u
Allaha waathi’urRasul(Yang bermaksud) Taatlah kepada Allahdan taatlah kepada
Rasulullah, maka tidak akan diterima taat kepada Allah s.w.t.jika tidak taat
kepada Rasulullah s.a.w.
§ An
usykur li walidaika(Yang bermaksud) Syukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu
bapamu, maka siapa yang syukur kepada Allah s.w.t.dan tidak syukur kepada kedua
orang tua tidak diterima.
Dan
dalilnya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya kutukan kedua orang
tua itu memutuskan asal anak itu jika anak itu durhakai keduanya. Maka siapa
merelakan kedua ayah bondanya bererti telah merelakan Tuhannya dan siapa
mendapatkan kedua ayah bondanya atau salah satunya, lalu tidak taat kepada
keduanya sehingga masuk neraka bererti telah dijauhkan oleh Allah s.w.t.
“Dan
ketika Rasulullah s.a.w.ditanya: “Apakah amal yang utama?” Jawab Rasulullah
s.a.w.: “Sembahyang pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa kemudian
jihad fisabilillah.”
Farqad
Assinji berkata saya telah membaca didalam kitab: “Bahawa anak tidak boleh
dibicarakan dimuka orang tuanya kecuali dengan izinnya dan tidak boleh jalan
dimukanya atau dikanan kirinya kecuali jika dipanggil maka ia harus menyambut
dan harus berjalan dibelakang keduanya sebagaimana hamba sahaya dibelakang
majikannya.”
Seorang
datang kepada Rasulullah s.a.w.dan berkata: “Ya Rasulullah, ibuku kini mengigau
ditempatku, maka sayalah yang memberi makan minum dengan tanganku juga
mewudhu’kannya, dan mengangkat diatas bahuku, apakah yang demikian itu bererti
aku telah membalas jasanya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Belum, belum satupun
dari jasa-jasanya dari jasa-jasanya (satu peratus) tetapi engkau telah berbuat
baik dan Allah s.w.t. akan memberi pahala kepadamu yang besar dan banyak
terhadap amalanmu yang sedikit.”
Hisyam
bin Urwah dari ayahnya dari neneknya berkata: “Terulis didalam hikmat:
“Terkutuk orang yang mengutuk ayahnya, terkutuk orang yang mengutuk
ibunya,mal’un (terkutuk)siapa yang merintangi agama Allah s.w.t., terkutuk
siapa yang menyesatkan orang buta dari jalanan, terkutuk siapa yang menyembelih
menyebut nama selain nama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang merosak tanda-tanda
dijalan bumi ini atau batas-batas tanah.”
Rasulullah
s.a.w.bersabda: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa ialah memaki ayah ibunya.” Ketika
ditanya: “Bagaimanakah seorang memaki ayah ibunya?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Memaki ayah lain orang lalu dibalas maki ayahnya atau memaki ibunya, maka
dibalas dimaki ibunya.”
Abban
dari Anas r.a. berkata: “Ada seorang pemuda bernama Alqomah dimasa Rasulullah
s.a.w.Pemuda ini rajin ibadat dan banyak sedekah, tiba-tiba ia sakit dan sangat
berat sakitnya, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w.dan
menyatakan bahawa suaminya sakit keras didalam keadaan nazak sakaratal maut dan
saya ingin menerangkan kepadamu keadaannya. Maka Rasulullah s.a.w.menyuruh
Bilal, Ali, Salman dan Ammar r.a. supaya pergi ketempat Alqomah dan
memperhatikan bagaimana keadaannya dan ketika telah sampai kerumah Alqomah
mereka langsung masuk kepada Alqomah dan menuntunnya supaya membaca: Laa ilaha
illallah, tetapi lidah Alqomah bagaikan terkunci, tidak dapat mengucap dua
kalimah syahadah itu, ketika para sahabat itu merasa bahawa Alqomah pasti akan
mati, mereka menyuruh Bilal supaya pergi memberutahu hal itu kepada Rasulullah
s.a.w.
Rasulullah
s.a.w.langsung bertanya: “Apakah ia masih mempunyai ibu dan ayah?” Jawabnya:
“Ayahnya telah meninggal, sedang ibunya masih hidup tetapi terlalu tua.”
Rasulullah s.a.w.bersabda kepada Bilal: “Ya Bilal, pergilah kepada ibu Alqomah
dan sampaikan kepadanya salamku, dan katakan kepadanya: JIka kau dapat berjalan
pergi kepada Rasulullah s.a.w., dan jika tidak dapat maka Rasulullah s.a.w.akan
datang kesini.” Jawab ibu Alqomah: “Sayalah yang lebih layak pergi kepada
Rasulullah s.a.w.
Lalu ia
mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk kerumah Rasulullah s.a.w.dan
sesudah memberi salam ia duduk didepan Rasulullah s.a.w.Maka Rasulullah
s.a.w.bertanya: “Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepada ku
nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku, bagaimanakah keadaan Alqomah?”
Jawab ibu Alqomah: “Alqomah rajin ibadat sembahyang, puasa dan sedekah
sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya.” Rasulullah
s.a.w.bertanya lagi: “Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?” Jawab ibu Alqomah:
“Saya murka kepadanya.” Rasulullah s.a.w.bertanya: “Mengapa?” Jawab ibu
Alqomah: “Kerana ia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan menurut
isterinya kepadaku dan menentangku.”
Maka
Rasulullah s.a.w.bersabda: “”Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup)
lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah.” Kemudian Rasulullah
s.a.w.menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar
Alqomah dengan api itu. Ibu Alqomah bertanya: “Ya Rasulullah s.a.w., puteraku,
buah hatiku akan kau bakar dengan api didepanku? bagaimana akan dapat menerima
hatiku?” Rasulullah s.a.w.bersabda: “Hai ibu Alqomah, siksaan Allah s.w.t.lebih
berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah s.w.t. mengampunkan dosanya,
maka relakan ia (kau harus ridho padanya), demi Allah s.w.t.yang jiwaku ada
ditanganNya tidak akan berguna sembahyang, sedekahnya selama engkau murka
kepadanya.” Lalu ibu Alqomah mengangkat kedua tangan dan berkata: “Ya
Rasulullah, saya mempersaksikan kepada Allah s.w.t. dilangit dan kau ya
Rasulullah, dan siapa yang hadir ditempat ini bahawa saya telah ridho
kepadanya.”
Maka
langsung Rasulullah s.a.w.menyuruh Bilal pergi melihat hal keadaan Alqomah,
apakah sudah mengucapLaa ilaha illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu
Alqomah mengucapkan itu hanya kerana malu pada Rasulullah s.a.w.dan tidak pada
hatinya. Apabila Bilal sampai dipintu rumah Alqomah tiba-tiba terdengat suara
Alqomah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata: “Hai
orang-orang, sesungguhnya murka ibu Alqomah itu yang menutup lidahnya untuk
mengucap dua kalimah syahadah dan ridhonya kini melepaskan lidahnya, maka
matilah Alqomah pada hari ini.” Maka datanglah Rasulullah s.a.w.dan menyuruh
supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Rasulullah
s.a.w.Dan sesudah dikuburkan Rasulullah s.a.w.berdiri diatas tepi kubur sambil
berkata: “Hai sahabat Muhajir dan Anshar, siapa yang mengutamakan isterinya
daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah s.w.t.dan tidak diterima
daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.”
No comments:
Post a Comment