09 April 2013

Beban Beban !!!



Profesion Guru Malaysia
Kami menerima banyak rungutan demi rungutan daripada kalangan guru-guru di Malaysia yang merasakan terbeban dengan bebanan tugas yang dihadapi oleh mereka sekarang.
Ada juga kedengaran di mana kerajaan Malaysia ada memandang serius dengan dengan permasalahan yang melanda dikalangan guru Malaysia sekarang sehingga ada tertubuhnya jawatankuasa khas dengan tujuan “murni” bagi mengkaji bebanan tugas guru Malaysia. Malangnya…..
Malangnya sejak tertubuhnya jawatankuasa tersebut sejak tahun 2010 lagi sehingga sudahpun menginjak tke tahun 2013, masalah beban tugas guru dikatakan masih lagi belum berjaya diselesaikan.
Beban Tugas Guru
Sumber : Utusan Malaysia
Tugas Guru Malaysia
Sumber : Berita Harian
Malah, tidak selesai masalah beban tugas guru sebelum ini datang pula beban tugas yang lain pula apabila kalangan guru merasakan sejak akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online.
Jikalau sebelum ini guru-guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod. Sekarang? Macam-macam. Itu aduan dan luahan kalangan guru di Malaysia

Aduan Guru : Senarai Tugas Guru Malaysia Sekarang?

  • Guru-guru perlu menghadap komputer berjam-jam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, ESPLG, e-Dat, E-Operasi, Hrmis, e-Perolehan, dan lain-lain lagi.
  • Memasukkan segala maklumat pelajar juga di bawah tanggungjawab guru-guru
  • Malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Guru-guru jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.
  • Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, beban tugas guru semakin bertambah. Kekurangan masa dan kelemahan sistem yang disediakan termasuklah masalah akses sistem PBS. Kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan.
  • Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, guru-guru terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya.
  • Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi ‘internal error.’
  • Guru-guru perlu melakukan kerja perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi.
  • Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi.
  • Ada nak tambah lagi?
Sehinggakan kalangan guru merasakan dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk guru-guru inimembuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif?
Bagi kami sendiri, seeloknya janganlah dibebankan guru-guru dengan tugas yang tiada kaitan dengan profesion perguruan. Yang mana tiada kaitan dengan guru-guru jangan ditugaskan kepada guru.
“Betulah kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman”
Kenalan-kenalan guru online dari negara-negara maju seperti Singapore, Korea Selatan, Jepun, Jerman dan juga USA sendiri “tabik hormat” dengan kalangan guru-guru Malaysia melihatkan beban tugas yang ditanggung mereka. Segala tugas diletakkan di atas bahu seorang insan yang menggalas profesion guru di Malaysia.
Bagi kami adalah lebih baik daripada menghadap sistem yang tidak sistematik dan membazir masa termasuklah melaksanakan sistem yang berulang-ulang seperti yang ada sekarang, adalah lebih baik berikan ruang masa untuk kalangan guru fokus meningkatkan cara pengajaran dan teknik pembelajaran bagi menghasilkan kalangan pelajar yang lebih berkualiti dan berdaya saing
Sebentar, sepengetahuan kami :
“Ia sepatutnya tidak dipanggil atau dikenali dengan sistem selagi ia masih tidak sistematik”
Tugas guru adalah mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita, bukannya banyak dihabiskan masa untuk menaip. Kerja-kerja menaip seeloknya diserahkan kepada kerani. Contohnya video di bawah ini, teknik pembelajaran dipelbagaikan untuk para pelajar bukan hanya menggunapakai kaedah konvensional lagi :
Ataupun, kerajaan perlu mengambil lebih ramai kakitangan sokongan termasuklah mengambil kalangan graduan berjumlah berpuluh ribu yang masih menganggur di luar sana menggalas tugas sebagai pembantu guru bukannya kerani. Sekadar cadangan daripada kami.

Kredit:beritasemasa

No comments: