12 April 2013

Pesanan Ikhlas


Sedar Tak Sedar Nenek Dah Lama Tak De ...

Nenek Selalu Pesan


Perempuan ni tinggi nilainya jika jaga perilaku..
jangan jual murah sangat, jangan tunjuk murah sangat..
biar kita tolak tolak.. biar kita malu malu,
sebab, itulah benteng untuk diri kita.. 


Malu ni sangat penting untuk perempuan,
takda malu, takdalah seri..
takda malu, takdalah kelembutan, takda kesopanan..

takda malu, takdalah kekuatan, takda kehormatan..
dan,
harga diri..hilang entah kemana

malu itu penting.. 

hilang malu, hilanglah martabat kaum wanita..

tengok pada daun semalu! menguncup bila kita sentuh, dan sekelilingnya ada duri.. boleh luka tangan tu kalau ditariknya..

perempuan ni sepatutnya umpama daun semalu lah..

nenek aku ni selalu lah juga cerita masa zaman dia muda muda dulu.. zaman ngorat ngorat dulu.. hehehe.. banyak yang tersirat dan tersurat...
seronok dok berborak dengan dia, dengar cerita cerita lama..
sejak dari kecil...kalau aku duduk bersila mesti dia tegur! duduk bersimpuh baru la sopan katanya.. huhuhu..

tadi pula aku ada membaca artikel ini dan mahu sama-sama kongsi bersama kamu semua..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Kredit:kellazulle

No comments: