11 April 2013

Andakah Orang Itu ...


Dalam Hati Tertanya Tanya...
Siapakah Insan Itu ...





siapakah orang yg sibuk?
orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..

siapakah orang yang manis senyumannya?
orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang  yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illahi rajiuun". Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir seenyuman..

siapakah orang yang kaya?
orang yang kaya dalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan yidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

siapakah orang yang miskin?
orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

siapakah orang yang rugi?
orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan tahun namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

siapakah orang yang paling cantik?
orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

siapakah orang yang mempunayi rumah yang paling sempit lagi dihimpit?
orang yang mempunyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

siapakah orang yang mempunyai akal?
orang yang mempunayi akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak keranatelah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

siapakah orang yang kedekut?
orang yang kedekut adalah orang yang membiar ilmu yang dimiliki  begitu sahaja, malah dia tidak akan  menyampaikan pula pada orang lain.

No comments: