TAWAU - Tiga wanita dan tiga kanak-kanak cedera selepas tujuh buah
rumah di Kampung Bukit Kukusan dekat sini ranap dihempap tiga bongkah
batu besar dari kawasan kuari di atas Bukit Kukusan semalam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Albert Jiran Tanjung
berkata, kesemua mangsa yang cedera di tangan dan kaki dihantar ke
Hospital Tawau untuk rawatan.
Setakat ini identiti mereka belum dikenal pasti.
Terdapat kira-kira 300 buah rumah di kampung berkenaan.
Pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 11.43 pagi dan
tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di
bawah runtuhan rumah.
Siasatan awal mendapati bongkah-bongkah batu berkenaan bergolek ke
bawah bukit lalu menghempap rumah penduduk selepas berlaku gegaran
akibat letupan bahan peledak yang digunakan untuk memecahkan batu di
kuari.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang
Besar Dullah memberitahu, syarikat kuari terlibat sudah diarah
menghentikan operasi berkuat kuasa serta-merta dan penduduk dinasihatkan
supaya mengosongkan rumah masing-masing. - Bernama
Sumber:Kosmo Online
No comments:
Post a Comment