Ditulis oleh Ustaz Muhammad Latiffi Mahadzir
Lakukan
Kegiatan Luar Seperti Bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan cergas akan membentuk
otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti – aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti
bersukan. Situasi ini akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan
masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah
erat dan kukuh.
Amal diet dengan disiplin yang
kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga
merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis
Menangis dengan sepenuh hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain
dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” – ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah – olah
tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama – sama
rakan – rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha
Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh
mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri.
Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah
untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.
Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”.
Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu
berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam
pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu
memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar
untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment