Ayam Masak Lengkuas atau dikenali juga sebagai Ayam Masak Likku adalah masakan unik yang tidak dapat
dipisahkan dengan suku kaum Bugis terutamanya
di Tawau. Kenapa? Sebab ianya adalah masakan turun temurun yang akan
dihidangkan di kebanyakan rumah Bugis yang
anda kunjungi di hari raya. Kenapa namanya ayam masak lengkuas, sebab bahan utama masakan ini
adalah lengkuas atau dalam bahasa Bugis, lengkuas itu dipanggil likku.
Sebenarnya masakan ini boleh disediakan pada bila-bila masa,
namun bagi anak Tawau seperti aku, hari raya tidak akan lengkap tanpa ayam masak lengkuas atau likku ini. Ini adalah kerana
makanan tradisi Bugis yang lain sepertiBuras Bugis dan Tumbu Bugis amat
sedap dimakan dengan ayam masak likku.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam,
Santan kelapa 1/2 kg,
Kerisik kelapa 1/2 biji,
Kunyit serbuk secukupnya,
Garam dan gula secukup rasa.
1 ekor ayam,
Santan kelapa 1/2 kg,
Kerisik kelapa 1/2 biji,
Kunyit serbuk secukupnya,
Garam dan gula secukup rasa.
Bahan untuk dihiris:
Lengkuas 250 gram,
15 batang Serai,
Lengkuas 250 gram,
15 batang Serai,
Bahan-bahan untuk dikisar:
Halia 2 inchi,
Bawang merah 6 ulas,
Bawang Putih 1 labu.
Halia 2 inchi,
Bawang merah 6 ulas,
Bawang Putih 1 labu.
Kredit :puadede
No comments:
Post a Comment