STOCKHOLM 12 April - Sebuah masjid di sini dibenarkan untuk
melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara,
sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian.
Ketua Persatuan Islam di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa
gembira dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran
tersebut.
Ismail berkata, pihaknya telah meminta kebenaran untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja.
Masjid tersebut dibenarkan melaungkan azan dalam tempoh tiga minit
hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang pada
setiap hari Jumaat. - AFP
No comments:
Post a Comment