14 July 2013

Bingka @ Bengkang Jagung

Tutorial oleh:zalinzalina

Masukkan semua bahan ke dalam bekas..tepung, gula, garam halus, telur dan jagung dalam tin

Guna santan kotak dan jagung dalam tin CAP AYAM Kuikui

Masukkan santan yang telah dicampurkan dengan air

Masukkan margerin yang telah dicairkan

Kacau semua bahan dan blend sampai halus..

Lepas blend, tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin

Boleh la dibakar dalam oven suhu 200darjah celcius selama 1 jam atau sehingga garing permukaan atasnya...Kalau bakar atas dapur guna api kecik sampai garing permukaan atasnya...

Bila dah masak, sejukan dulu 1 - 2 jam....dah sejuk barulah boleh dikeluarkan...

OK Selamat Mencuba :)

Bahan-bahan Kuih Bingka Jagung

400gm tepung gandum
250gm gula (kalau taknak manis bolehla dikurangkan sukatannya)
1sk garam halus
4 biji telur
50gm margerin (dicairkan)
1liter santan (300ml santan pekat + 700ml air)
1/4 tin jagung (kalau nak lagi sedap guna 1/2 tin..)
Sedikit pewarna kuning

**Kalau nak buat bingka pandan, cuma tambahkan jus pandan dalam sukatan santan + air..dan guna sedikit pewarna hijau...
 
 

No comments: