Resepi Biskut Cornflakes Madu, resepi kuih raya yang paling mudah, cepat dan sedap. Menggunakan Cornflakes dan madu sebagai bahan asas. Oleh : Che Nom
Penyediaan : 10 minit | Memasak: 15 minit
25 Minit Masa keseluruhan
Jumlah Hidangan: 60
Bahan-bahan:
- 5 cawan Cornflakes
- 1/4 cawan madu
- 1/4 cawan mentega
- 1 1/2 sudu besar gula kastor
- ceri atau taburan manik, untuk hiasan
- paper cup, secukupnya
Cara Membuat:
- Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
- Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
- Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
- Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
- Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius
No comments:
Post a Comment