Sumber:Bila Chah Ke Dapur
Bahan-bahan
Cucur Udang:
1
1/2 cawan tepung gandum
1
sudu teh yis segera
1
genggam taugeh
Daun
kucai
Daun
bawang
1
labu bawang besar
7-8
ekor udang (saya kupas kulit udang dan potong kecil-kecil)
Serbuk
kunyit
Garam
Minyak
untuk menggoreng
Cara-cara:
- Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung.
- Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas adunan naik kerana sifat garam yang boleh membantutkan proses yis untuk mengembang. * jika ingin mengadunnya sekali gus, jauhkan garam dengan yis semasa dalam bekas untuk membancuh.
- Biarkan adunan naik hingga dua kali ganda.
- Selepas itu, barulah masukkan taugeh, daun bawang, daun kucai dan bawang besar.
- Masukkan udang dan garam. Kacau rata.
- Goreng dalam minyak yang panas. Apabila cucur kelihatan mengembang dan mengeras sedikit dalam kuali, kecilkan api. Ini untuk mendapatkan cucur yang rangup di luar dan isi yang lembut. Masak hingga garing kekuningan.
*
saya cedok guna sudu terus ke dalam kuali. Cara dalam buku resepi tulis macam
ni : cedok adunan dengan senduk kecil yang telah disapu dengan sedikit
minyak, letakkan seekor udang di atasnya dan goreng
dengan minyak yang panas.
Bahan-bahan
Kuah Kacang :
1
cawan kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar)
1
batang serai
2
ulas bawang merah
2-3
jemput udang kering
Sedikit
halia
2-3
sudu besar cili kisar
2
keping gula melaka
Air
Garam
Air
asam jawa
Sedikit
minyak
Cara-cara:
- Tumbuk bawang merah dan halia. Tumis bersama cili kisar hingga garing.
- Masukkan udang kering yang telah ditumbuk halus.
- Bila sudah naik bau, (ada ke masa kita masak tak berbau ye..erm)
- Masukkan kacang dan air.
- Masukkan serai yang telah dititik, air asam jawa dan gula melaka.
- Masak dengan api perlahan. Tambah air jika masih kurang pekat dan masak lagi dengan api perlahan. Seimbangkan rasa masam, masin dan manis.
No comments:
Post a Comment