Resepi Biskut Makmur, resepi kuih yang menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya. Oleh : Che Nom
Penyediaan : 15 minit | Memasak: 15 minit
30 Minit Masa keseluruhan
Jumlah Hidangan: 50
Bahan-bahan:
Bahan untuk doh:
- 500g tepung gandum
- 2/3 cawan gula icing
- 1 tin kecil minyak sapi
- Paper cup
Bahan untuk inti:
- 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
- 3/4 cawan gula icing
- 1 sudu besar mentega kacang, optional
Bahan untuk salut:
- Sedikit gula icing
Cara Membuat:
- Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
- Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
- Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
- Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
- Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
Tips: Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja
No comments:
Post a Comment