Resepi sumbangan DianaA di FNR
Bahan-bahannya
1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 batang lada merah
10 batang cili padi thailand
Cara-caranya
1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
2.
Panaskan minyak, tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan
bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis
sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati
dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
3. Masukkan sos
tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula
air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh
pada api yang sederhana selama 10 minit.
4. Bila daging telah
setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng
tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan
bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
5.
Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan
tomato kacau2 kejap dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk
dihidang.
NOTA: Masakan ini sedap dimakan dengan roti atau nasi putih bersama telur mata lembu.
No comments:
Post a Comment