Untuk Pulut
Sekilo beras pulut direndam setengah hari
segelas santan pekat
Segelas santan cair
Garam
Gula
Bunga cengkih sekadar beberapa kuntum
Daun pisang yang telah dilayur
Panaskan pengukus dan kukus pulut sehingga masak.
Angkat dan masukkan santan cair yang telah ditambah dengan sedikit gula dan garam. Gaul sebati.
Kukus semula sehingga periuk kelihatan naik wap.
Angkat dan masukkan santan pekat yang telah ditambah dengan garam dan bunga cengkih. gaul dalam pulut sehingga betul-betul sebati. Ketepikan

Inti
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar udang kering
Beberapa ekor udang segar yang telah dikupas kesemua kulitnya dan dipotong kecil
2 mangkuk (kecil) kelapa parut.
1 sudu kecil jintan manis
sedikit serbuk kunyit
Sedikit rempah kari ikan
Gula dan garam
Air secukupnya
Bawang merah, putih, serai,udang kering dan jintan manis diblender dengan sedikit air hingga hancur.
Masukkan kelapa parut ke dalam kuali dan masukkan bahan blender. Masukkan juga serbut kunyit. cili giling, rempah kari, udang segar,gula dan garam serta air secukupnya. Kacau atas api yang kecil hingga betul-betul masak dan sedikit kering.
Bungkus pulut menggunakan daun pisang dan letak inti ditengahnya dan setiap hujungnya distepler atau dicucuk dengan lidi.
Panggang di dalam pan rata yang telah disapu sedikit minyak sahingga masak/daun sedikit hangus.
kredit:daridapurkakyah
No comments:
Post a Comment