14 July 2013

Jenaka ???


CYBERJAYA – Blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee bakal dikenakan tindakan tegas ekoran tindakan biadap mereka memuat naik gambar berbuka puasa sambil menikmati hidangan ‘bak kut teh’ (sup herba babi) dan menggambarkannya sebagai `wangi, enak, menyelerakan’.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan mereka langsung tidak mencuit hati.

“Ia tidak boleh diterima. Saya akan lihat tindakan sesuai yang boleh diambil ke atas mereka,”katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengesahkan pihaknya sedang menyiasat entri terbaru pasangan berkenaan.

“Kami menyedari akan perkara ini dan sedang melakukan siasatan,” kata Penasihat Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman.

Beliau juga menasihatkan pengguna Facebook yang beragama Islam yang terhina dengan perbuatan tersebut supaya membuat laporan kepada pihak Facebook.

Tinjauan ABN News mendapati pasangan blogger sensasi itu telah mengubahsuai gambar berbuka puasa mereka dengan meletakkan gambar makanan halal seperti ketupat dan karipap pada jam 7 malam tadi berikutan amaran keras Ahmad Shabery.

“Kami sedar gambar bak kut teh tidak mendapat sambutan di kalangan umat Islam,” kata Tan dalam laman Facebook rasminya. “Jadi kami tukar kepada makanan yang betul-betul halal.”

Selain memuatnaik gambar berbuka puasa sambil menikmati hidangan ‘bak kut teh’ (sup herba babi) dan menggambarkannya sebagai `wangi, enak, menyelerakan’, pasangan itu turut meletakkan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perbuatan tersebut nyata mengundang reaksi marah daripada umat Islam.

Selepas gambar berkenaan dimuat naik dalam Facebook pasangan itu, ia mendapat kecaman ramai dengan ramai menyifatkannya sebagai satu penghinaan.

Seorang pelawat memberi ulasan ` Anda bebas memuat naik apa jua posting yang anda ingin muat naik. Namun ia bukan kebebasan mutlak. Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda namun ini adalah keterlaluan”.

Dalam pada itu, pasangan itu mengesahkan mengenai entri tersebut dan memberitahu ia dibuat tanpa sebarang niat.

“Ia hanya bahan jenaka. Saya rasa”.

Alvin dan Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video seks mereka dalam sebuah blog.

Pada pilihan raya umum ke 13 lalu, Vivian telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi bendera sebuah parti politik.


kredit:vat69-perjuangan semalam

No comments: