30 March 2013

4000 Kembali Ke Negara Asal





Sejumlah 4,771 rakyat Filipina telah meninggalkan Sabah semenjak pihak berkuasa Malaysia mula mengambil tindakan tegas terhadap puak militan Sulu dan simpatisan mereka awal bulan ini, kata majlis risiko bencana Filipina hari ini.


Majlis Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan dan Pengurusan Filipina (NDRRMC) dipetik berkata oleh portal berita FilipinaInterAksyon hari ini sebagai berkata 944 keluarga meninggalkan Sabah untuk ke wilayah Basulta (Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi) di selatan Filipina sehingga semalam termasuk 2,861 orang dewasa dan 1,860 kanak-kanak.


“Angka rakyat Filipina meninggalkan Sabah dijangka akan terus bertambah kerana krisis kekal belum selesai dan di tengah-tengah tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap kedua-dua pendatang asing tanpa izin dan mereka yang disyaki menyokong kesultanan,” lapor InterAksyon hari ini.


Media Filipina telah melaporkan dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap rakyat Filipina di Sabah, termasuk pembunuhan oleh pasukan keselamatan Malaysia dikala mereka terus memburu saki-baki pengikut bersenjata “putera mahkota” Sulu Agbimuddin Kiram.


Akan tetapi masih belum ada bukti pencabulan dikeluarkan dan Putrajaya telah mengatakan dakwaan tersebut sebagai satu “penipuan”.


InterAksyon melaporkan hari ini sejumlah P10.39 juta (RM787,205) barangan makanan dan bukan makanan telah disediakan untuk rakyat Filipina yang dipindahkan, serta peruntukan P13.403 juta (RM1,015,676) untuk operasi kemanusiaan lain.


Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan Filipina juga dilaporkan merancang untuk menubuhkan sebuah pusat pemprosesan 24/7 di Tawi-Tawi untuk menyediakan rakyat Filipina yang dipindahkan dengan campur tangan psikososial, dokumen undang-undang, latihan kemahiran dan bantuan kehidupan.


Senat Filipina telah menuntut pemerintah mereka meminta Malaysia bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia yang mungkin berlaku terhadap 800,000 masyarakat pendatang di Sabah, di tangan pihak berkuasa tempatan dalam pencarian terhadap kumpulan militan Sulu yang menuntut pemilikan terhadap negeri Borneo utara itu.


Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin (gambar) mengatakan pada Selasa lalu tindakan keras terhadap militan Sulu di Sabah telah berlarutan menjadi konflik berintensiti rendah atau low intensity conflict ibarat memburu ikan di dalam air.


Laman sesawang akhbar Filipina Manila Standard Today (MST) memetik Gazmin sebagai berkata 12 batalion tentera dan polis, atau lebih 7,000 orang sedang mencari “pewaris” Sulu Agbimuddin Kiram dan saki-baki kumpulan bersenjatanya.


Pihak berkuasa Malaysia mengatakan Agbimuddin telah meninggalkan Sabah akan tetapi rakan mereka di Filipina mengatakan mereka masih belum dapat menemuinya di republik itu.


Agbimuddin mengetuai 235 militan bersenjata ke Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari untuk mengemukakan tuntutan terhadap negeri utara Borneo itu.


Sehingga Jumaat lalu, pencerobohan telah menyebabkan kematian 63 orang militan bersenjata Sulu, menurut angka daripada pasukan keselamatan Malaysia, ia juga menyebabkan kematian lapan orang anggota polis dan dua orang tentera.


Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 5 Mac untuk menghapuskan pemberontak bersenjata Filipina selepas rundingan gagal membuahkan hasil.


Manila telah berkata mereka tidak akan menggugurkan tuntutan kesultanan tersebut terhadap Sabah, walaupun pihak berkuasa Malaysia menegaskan tuntutan itu tidak lagi sah kerana negeri tersebut telah bersama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963.
sumber :- pdrm
 
kredit :beliabangkit

No comments: