Kita telah sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran
kaya khasiat. Pengambilannya secara berkala mampu menjamin tubuh
mendapat zat yang sepatutnya. Namun, ada ketikanya buah-buahan dan
sayur-sayuran yang ada di dapur kurang memuaskan. Jadi, apa yang boleh
dilakukan? Jom ikut petua ini.
- Epal
Setiap kali memotong buah epal, warnanya cepat berubah menjadi
kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah
warna dan kekal segar, rendamlah buah epal yang telah dipotong di dalam
mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum
dihidangkan.
- Cendawan
Cendawan agak sukar dibersihkan. Tetapi, jika pandai, tentu tidak ada
masalah. Cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan
mengelapnya menggunakan kain lembap bagi membuang kotoran pada
permukaannya. Kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya
kekotoran atau serangga yang tersorok dapat dibuang.
- Tomato
Untuk merangupkan tomato yang telah terlalu ranum dan sedikit lembik,
rendamkannya di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit
garam. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Hasilnya,
tomato akan kembali segar.
- Brokoli
Tahukah anda bawa brokoli yang sudah kuning masih boleh digunakan.
Caranya ialah dengan memasukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang
diisi penuh dengan air sejuk. Biarkan selama satu jam. Brokoli akan
kembali hijau dan sedia untuk dimasak.
Sumber :Karangkraf
Sumber :Karangkraf
No comments:
Post a Comment