MENGEJUTKAN…dalam
dok godek2 facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, Agendadaily
terjumpa satu profail dengan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram.
Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.
Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai ‘Menteri Pertahanan Sulu’ ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.
Dengan tertangkapnya Amirbahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.
Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.
Manakala
kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di
Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan
dengannya.
Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.
Pada
posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu
portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim
Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu
berdialog.
Amir
Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam 1.30
pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga
telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori,
fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan
Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu Cina
yuan.
Jika
tinjau gambar pada facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping yang
dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing yang
dibuat oleh Datu Amirbahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.
Untuk
rekod, puak yang dakwa ‘tentera kesultanan Sulu’ ini mula ceroboh
Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak
berkuasa 12 Febuari.
Selain
gambar baik punya dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan
logistik baru sampai, selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram
bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.
Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.
Ada
juga gambar ayah pada Amirbahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan
bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina
Gloria Macapagal-Arroyo.
Kerajaan
Filipina sebelum ini mengaitkan bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan
kerajaan Arroyo sebagai antara individu yang disiasat berikutan
pencerobohan Lahad Datu.
Facebook
yang hanya mempunyai 182 orang kenalan itu rata-rata adalah keturunan
Kiram, dan dari semakan Agendadaily, ada juga yang tulis menetap di
Kuala Lumpur dengan nama Datu Amir Ali Kiram.
Tidak
banyak kemaskini di dalam profail tersebut, kecuali gambar-gambar, dan
beberapa kenyataan pro penceroboh termasuk desak kuasa-kuasa asing ambik
tindakan terhadap kerajaan Malaysia pada 5 Mac lalu.
Amir
Bahar yang dicekup bersama isterinya baru-baru ini mungkin boleh
rungkai apa sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian pencerobohan
Lahad Datu. Sama-sama kita tunggu…
Sementara
itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber
melaporkan AmirBahar dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang
dicari oleh polis sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam
anggota polis termasuk penguasa penguasa dan pembantu di Kampung Sri
Jaya Siminul pada 2 Mac.
Selain
dari Amir, pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan seorang lagi
bernama Alianapiah, tetapi lelaki telah melarikan diri dari kampung.
Sumber berkata polis teruk memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.
Jamalul,
Esmail, Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara keluarga
Kiram yang mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah kesultanan Sulu.
Esmail,yang
berkelulusan doktor falsafah dan dikatakan yang paling terpelajar di
kalangan adik-adiknya, kali terakhir dilaporkan berada di Sabah pada
November tahun lepas.
Difahamkan
bahawa tiga orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji Kiram, Haji
Kaluang dan Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam pencerobohan
Lahad Datu.
Haji
Kiram dikatakan telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan
mempunyai seorang anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan
kerajaan.
Haji Kaluang, ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.
Orang
ketiga, Aidani, yang merupakan penduduk Semporna, berperanan sebagai
penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi
rahsia di Semporna.”
-Agendadaily.com
Kredit : aakj
No comments:
Post a Comment