Tegur
menegur adalah salah satu perbuatan dan sikap yang baik pada pandangan
Islam. Bersesuaian dengan kelemahan di dalam diri manusia yang
memerlukan teguran untuk memperbaiki kesilapan diri.
Kita
bukannya maksum seperti Nabi dan Rasul yang sentiasa terpelihara oleh
Allah SWT daripada dosa. Kita juga bukannya seperti malaikat yang
terhindar daripada dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
Dengan
teguran, manusia akan sedar atas kesilapan, kelemahan dan kesalahan
dalam diri. Pastinya kita yang hidup bermasyarakat ini pernah mengalami
peristiwa ditegur dan menegur kerana kesilapan yang dilakukan.
Kemudian
kita dapati ada sebahagian yang dapat menerima teguran dan tidak kurang
juga sebahagian yang tidak dapat menerima teguran.
Segala puji
bagi Allah bersama-sama orang yang terbuka hatinya untuk menerima
teguran dan memperbaiki kesilapan. Namun, cuba kita fikirkan sebab-sebab
orang yang tidak dapat menerima teguran. Bahkan kesalahan yang
dilakukan tidaklah sebesar mana pun.
Salah satu
kebarangkalian orang yang ditegur tidak dapat menerima teguran itu
bukanlah kerana dia tidak boleh berubah dan memperbaiki kesalahan,
tetapi disebabkan cara dan kaedah teguran yang kurang bijak atau tidak
sesuai pada orang yang ditegur itu.
Tidak
dinafikan walaupun perkara yang ditegur itu sememangnya satu kesalahan
yang perlu ditegur. Tetapi teguran dengan cara yang tidak betul dan
berhemah menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk.
Maka tidak
hairanlah sekiranya ada yang tidak dapat menerima teguran kerana
kesilapan cara menegur seperti sindiran, perlian, cacian, makian,
terlalu emosi semasa menegur, menegur dikhalayak ramai, seterusnya
memalukan orang yang ditegur dan sebagainya.
Lebih
malang lagi apabila teguran menjadi penyebab terjadinya permusuhan,
saling benci-membenci, putus kawan, putus saudara dan saling ungkit
mengungkit dan menyalahkan satu sama lain dan seterusnya menimbulkan
perasaan dendam dalam diri masing-masing. Akhirnya matlamat untuk
memberi kesedaran pada niat asalnya tidak kesampaian.
Teladani Rasulullah
Marilah
kita meneladani keperibadian Rasulullah SAW ketika baginda menegur
sahabatnya sepertimana hadis berikut; Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
"Seorang lelaki membonceng Rasulullah SAW pada hari Arafah. Pemuda itu
menyedari kehadiran kaum wanita lalu memandang ke arah mereka.
Rasulullah SAW pun memalingkan wajah (pemuda tersebut) ke belakang
dengan tangannya berulang kali. Pemuda itu mengulangi pandangannya.
Rasulullah SAW bersabda kepada pemuda itu: Wahai anak saudaraku, hari
ini sesiapa yang menjaga pendengarannya, penglihatannya, dan
percakapannya, dia akan diampuni [Musnad Ahmad : 2922, Shaikh Ahmad
Syakir menyatakan isnadnya sahih]
Hadis ini
memberikan pengajaran kepada kitamethodologi dan pendekatan Rasulullah
SAW dalam menegur kesilapan yang dilakukan oleh para Sahabat.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, peranan kita sebagai individu dalam
masyarakat, antara tanggungjawab yang perlu kita mainkan ialah menegur
kesilapan dan kesalahan orang.
Kredit : Sarimin
No comments:
Post a Comment