Kah Kah Tergelak Beso Aku Bila Baca Satu Entri Kat Pen Patah Blog ... Wakakakaka Apa Aku Nak Wat Erkk .. Aku Post Dlm Ni ke... Kredit Untuk Penulis Pen Patah Blog ... Ni Antara Yang Aku Baca Le ...
Meh Kongsi2 ... X Salahkan Untuk Kebaikan Bersama ...
Alasan ‘awak nampak tua!’ ‘awak dah gemuk ‘ dan ‘awak tak secantik dulu’ selalu
diberi oleh segelintir suami kepada isteri sebagai tiket untuk cari
perempuan lain atau berpoligami. Tapi si suami tak sedar , isteri mereka
nampak tua dan gemuk disebabkan sikap ignorant mereka jugak…..
Tahukah anda;
1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar
hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan
kita gemuk.. Tapi kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan
terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si
suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya
menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab tak sempat nak hadam
makanan betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir.
Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan
menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut membazir.. Membazir tu kan
amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”
3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul. Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu
menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena
uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak
ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan
banyak berleter, cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana
sayang.
Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI.. Oleh
itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Kalau sehari je isteri
korang takde, dan korang perlu memikul tanggungjawab dia, nescaya
hidup korang akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah,
tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang & pergi cari
perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah
kedekut nak belikan produk2 kecantikan.
Kredit:Pen Patah Blog
No comments:
Post a Comment