Berdoa
Doa merupakan terapi perubatan yang sangat mujarab dan berkesan. Doa adalah medium komunikasi kita dengan Allah.
Semasa berdoa, kita sebenarnya
sedang bercakap dan mengadu kepada Allah. Siapa lebih layak untuk kita
mengadu selain Allah? Hanya Allah sahajalah sebaik-baik pendengar.
Dengan berdoa, hati dan jiwa kita
akan lebih tenang. Seperti mana yang kita sedia maklum, ketenangan amat
penting dalam proses penyembuhan kanser.
Ingat, kita berdoa, Allah pasti
makbulkan, dengan syarat kita berdoa dengan penuh pengharapan dan
keyakinan dan bukan kerana arahan atau suruhan sesiapa.
Berdoa daripada hati dan jiwa yang ikhlas, pintalah, Allah Maha mendengar. Sabda Nabi SAW ;
"Hai
manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa
kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang ghaib, sesungguhnya kamu
sedang berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat. Dia
selalu bersama kamu.."
(Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)
Berdoalah kepada Allah. Tidak
semestinya doa di dalam bahasa Arab. Berdoalah dalam apa jua bahasa.
Berdoalah dari hati dan lisan, serta tangan yang menadah mengharapkan
perkenan dari Allah. Dalam sebuah hadis sahih nabi SAW bersabda.
"Sesungguhnya
tuhan kalian itu adalah Dzat Yang Maha Pemalu dan Maha Pemurah, Dia
merasa malu terhadap hamba-Nya yang menadahkan tangannya kepada-Nya
kemudian Dia mengembalikannya dengan hampa"
(Hadis riwayat Ibnu Majjah)
Yakinlah kepada Allah, berdoalah kepada-Nya kerana kuasa mutlak penyembuh ada pada Allah.
Jika kita berusaha berubat ke
seluruh dunia pun, tanpa doa daripada kita dan perkenan-Nya, maka
penyakit tetap tidak akan sembuh.
Kerana itu, dalam rawatan kanser
menggunakan ayat Al-Quran, doa adalah 'ubat' terpenting selepas bacaan
rangkaian ayat syifa' kanser daripada Al-Quran.
No comments:
Post a Comment